Haduh!!! Siapa yang tak mengamuk kalau dah di'bogel'kan secara terang - terangan macam ni. Semua orang pun akan marah.
Tapi persoalannya, buat apa dia nak marah sangat kalau benda tu memang betul dia yang buat? Bukan ke itu kerja yang dilakukan selama hari ini?
Kalau betul la Si Nurul Izzah ni berhasrat nak bantu peniaga pasar malam di Kampung Kerinchi tu, dia sepatutnya mencadangkan tapak lain untuk mereka.
Tinggal lagi Si Nurul Izzah tu bukan tau nak buat kerja - kerja macam tu. Yang dia tau buat kecoh boleh la. Tengok macam insiden di Flat Empat Tingkat hari tu pun jadi la.
Memang jelas dia sengaja nak mencetuskan provokasi dengan membawa budak - budak Mahasewel tu bersama - sama dengan dia. Bukannya dia nak selesaikan masalah diorang.
Tambahan pulak, kalau dia kata yang dia bukan agen provokator seperti yang dimaksudkan, kenapa pulak dia nak melenting tak tentu pasal?
Walhal, Datuk Raja Nong Chik dalam kenyataan dia sebelum ni tak sebut pun siapa 'Pembangkang' tu. Jadi untuk apa pulak Si Nurul izzah ni nak meroyan tak tentu arah?
Dia dah terlebih makan cili ke? Mungkin itulah sebab dia terasa yang kenyataan media Datuk Raja Nong Chik tu ditujukan kepada dia.
Nasihat Semut: Lain kali, bila orang dah pilih jadi wakil rakyat tu, buat la kerja dengan betul. Jangan setakat tau nak buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan. Orang suruh buat kerja, bukannya menipu rakyat je!!! Dah kena bogel nanti, Baru Padan Muka!!!
KUALA LUMPUR: Pengusaha pasar malam Kerinchi yang masih menjalankan perniagaan pada setiap Isnin dan Jumaat dinasihatkan supaya akur pada notis arahan tutup dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, pihaknya dimaklumkan DBKL sudah memberi peluang penangguhan sehingga akhir Ramadan lalu, namun masih ada peniaga yang ingkar terhadap arahan tutup tujuh bulan lalu.
“Saya difahamkan penutupan pasar malam Kerinchi dibuat berdasarkan permintaan penduduk setempat.Mereka tidak mahu pasar malam ditambah daripada dua kepada empat hari berikutan berdepan masalah kesesakan serta tiada tempat letak kenderaan.“Malah, notis dan peluang penangguhan juga sudah diberi kepada peniaga. Jadi, ada baiknya mereka akur demi keselesaan penduduk di sini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penduduk Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi, anjuran Suez Domain Sdn Bhd (Suez Domain), di sini, semalam.Hadir sama, Pengarah Suez Domain, Abdul Hadi Ahmad dan Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Empat Tingkat Kampung Kerinchi, Ahmad Rahmat.Menurut Raja Nong Chik, beliau percaya isu itu hanya sebahagian agenda pihak pembangkang untuk memporak-perandakan rancangan pembangunan kawasan berkenaan.
anwar agen zionis!!
BalasPadam