Jumaat, September 14, 2012



Eh, apa lagi kerenah Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah) ni? Dia cuba tunjuk hero untuk bela penjaja pasar malam di luar projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat. 

Penjaja-penjaja ni telah diberi notis sejak tahun lepas untuk berpindah kerana jalan tempat mereka berniaga akan menjadi laluan kenderaan berat semasa projek pembinaan dijalankan. 

Lokasi mereka juga betul-betul sebelah projek pembinaan berkenaan. Kalau dibiarkan beroperasi, maka dikhuatiri boleh mengancam keselamatan penjaja dan pelanggan.

Maka berkokoklah si Nurul Izzah menuntut supaya penjaja dibiarkan terus beroperasi.Eh Nurul, kalau jadi apa-apa pada orang ramai, siapa yang nak tanggung? 

Aku yakin Nurul lah orang pertama akan berkokok menyalahkan Kerajaan kerana tidak mengambil langkah-langkah melindungi keselamatan orang ramai. 

Tapi dia jugalah yang mendesak supaya pasar malam berkenaan dibiarkan beroperasi tanpa menghiraukan keselamatan orang ramai!!

Ini semua tidak lain tidak bukan strategi Nurul untuk terus melengah-lengahkan projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi. 

Setelah pelbagai taktik kotor yang digunakan termasuklah mengimport samseng Cina, India dan orang luar untuk mencetuskan kekacauan tidak berhasil, kini dia mencuba taktik baru pula.

Kalau timbul kekacauan antara penjaja dan Kerajaan dek kerana hasutan Nurul, sudah pastinya projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi akan tergendala. 

Dan jika ini berlaku, maka bersorak kerianganlah si Nurul dan kuncu-kuncunya.Cukup-cukuplah Nurul kau menganiaya penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi. 

Dah hampir 3 tahun projek ini tergendala kerana mainan politik kotor kau, kau tak kesian ke tengok penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi yang dah lama mengidam tinggal di rumah yang lebih besar dan selesa? 

Malah, ada yang dah meninggal pun, kempunan tak merasa duduk di rumah baru. Ketepikanlah kepentingan politik sempit dan bukalah mata untuk melihat kesengsaraan penduduk. Jangan menang sorak, tapi kampung tergadai!! - SUMBER

Ps: Kalau tak buat kecoh, bukan la PKR namanya. PKR ni kan, Parti Kecoh Ramai. Itu pasal la Si Nurul Izzah ni suka buat kecoh tak tentu arah!!!

Kalau suruh dia buat kerja lain pun, dia bukan tau nak buat apa. Itu je kerja yang dia tau buat. Kecoh tak tentu pasal. Lepas tu menipu. Mana dia ada kerja lain!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Biarkan Nurul Izzah dengan temberangnya...biarkan....biarkan!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping