Nak berguling - guling rasanya tergelak bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean ni. Dia ni memang boleh jadi Maharaja Lawak.
Semalam di lobi Parlimen, dia bertemu dengan wartawan dan bercerita mengenai Pilihan Raya Kampus yang diadakan baru - baru ni.
Dia mendesak agar Pilihan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan pemilihan semula dan jawatankuasanya ditukar.
Menurut Mahfuz, mereka yang terlibat sebelum ini dikatakan tidak layak untuk mengendalikan pemilihan tersebut akibat kegagalan sistem e-undi.
KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan pembatalan keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan jawatankuasa menguruskan pilihan raya univerisiti itu sebagai gagal menjalankan tugas.Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendesak PRK UIAM yang akan diadakan semula pada 2 Oktober ini dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa baru.“Dalam pelaksanaan PRK baru-baru ini, mereka harus berundur....dan bukan mereka lagi yang mengetuai SPR di peringkat PRK di UIA 2 Oktober ini.“Tetapi bagi saya, saya tidak bersetuju selagi mana mereka tidak menjelaskan apa masalah yang wujud pada sistem e-undi yang dilaksanakan baru-baru ini,” katanya.
Yang sebenarnya bukan sebab kegagalan e-undi tu sangat pun yang menjadi pertikaian diorang ni. Tapi sebaliknya keGAGALan Pro-Mahasewel tu menguasai UIAM.
Tapi, apa yang kelakarnya ialah apabila Si Mahfuz yang GAGAL dalam SRP tu bercerita pasal Pilihan Raya Universiti sebab dia sendiri pun tak pernah jejak kaki ke sana.
Jadi, macam mana dia boleh tau perjalanan Pilihan Raya tersebut sedangkan dia sendiri pun tak pernah terlibat? Kalau dia pernah terlibat, tahan la jugak.
Umpama orang yang tak pandai pasal enjin, tapi sibuk nak jadi mekanik. Nak sangat tunjuk pandai sedangkan diri sendiri pun tak lulus SRP. Lagi dia nak komplen pasal Pilihan Raya Kampus ke? Sedar la diri tu sikit Mahfuz oi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.