Selasa, September 25, 2012


Malam semalam, blogger Aku Peduli Apa (APA) telah mengeluarkan satu artikel yang boleh tahan jugak menariknya. Ia mengenai 'kawan' Si Ketua Penipu tu.

Dalam kenyataan membela diri Si Ketua Penipu tu, dia kata jet mewah peribadi yang dinaiki oleh dia dan puak - puak Pakatan Pembangkang baru - baru ni ditaja oleh seorang kawan.

Kononnya, kata dia, seorang kawan dia tu tak mengharapkan apa - apa balasan dalam pemberian yang boleh tahan jugak mewahnya tu.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh StopTheLies, sebuah syarikat bank yang berpengkalan di Amerika dikenal pasti menjadi 'Tuan Punya' jet mewah tersebut.

Blogger APA pula mendedahkan siapa operator bagi syarikat tersebut di Malaysia. Nama dia ialah Dato' Mohamad Taufik Bin Omar.

Nah!!! Siapa pulak Dato' Taufik ni? Apa pulak kaitan dia dengan Si Ketua Penipu tu? Betul ke dia bagi jet mewah tu tanpa mengharapkan apa - apa balasan?

Kalau ikutkan carian dalam Google malam semalam, nama Dato' Taufik ni naik dalam sebuah syarikat Vasseti Berhad dan dia merupakan diantara Lembaga Pengarahnya.

Antara perniagaan yang dijalankan ialah Telekomunikasi, Teknologi Maklumat, Hartanah, Kejuruteraan dan Pembinaan serta Perladangan. Banyak lagi perniagaan lain.

Tapi itu semua bukan persoalannya. Tinggal lagi, yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah benar 'seorang kawan' Si Ketua Penipu tu tak de tujuan lain?

Kebiasaannya, seorang 'Businessman' yang besar macam Dato' Taufik ni tidak hanya berfikir untuk jangka masa pendek. Diorang suka pikir panjang.

Apa pulak kaitannya dengan syarikat perbankan dari Amerika tu? Adakah Si Ketua Penipu tu turut mendapat sumbangan dana dari bank tersebut?

Kenapa Si Ketua Penipu tu masih memerlukan bantuan dari Amerika sedangkan Si Nik Aziz dah kata, jangan guna barangan Yahudi!!! Jadi, sekarang ni, Si Ketua Penipu tu perlu jelaskan kepada rakyat. Jangan la bagi alasan yang bukan - bukan pulak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. anwar guna nama taufik omar jer. sebenarnya jet tu dia punya. taufik omar hanya kambing hitam anwar jer!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping