PENYANYI yang terkenal dengan lagu berentak 'catchy', Mizz Nina berkata, dia tidak akan membuat persembahan sempena Arthur’s Day, yang akan berlangsung di Souled Out, 28 September ini.
Mizz Nina, 32, membuat pengumuman itu menerusi laman mikro Twitter pagi tadi. Katanya, "Souled Out akan mengumumkan barisan artis baru yang akan menjayakan persembahan untuk Arthur’s Day, hari ini."
"Saya tidak akan terlibat dengan persembahan itu disebabkan situasi-situasi yang tidak diduga," katanya lagi.
Sebelum ini, Mizz Nina dan seorang lagi artis, Ning Baizura dilaporkan akan menjayakan persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras itu.
Ning, 37, sudah menarik diri daripada persembahan itu awal minggu ini selepas gambarnya digunakan pada poster promosi persembahan tanpa pengetahuannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.