Berikut disiarkan petikan dari kenyataan media yang dari laman berita Sinar Harian Online berkaitan dengan kes 'Ugut' ni:
BENTONG - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana kerajaan negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.
Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.
"Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.
"Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.
Dalam kenyataan MB Pahang tu ada tak disebut yang Kerajaan Pahang dah ambik tindakan terhadap Kerajaan PKR Selangor ni?
Tak de lansung!!! Tak pun dari kenyataan Menteri Besar Pahang tu menyebut bahawa Kerajaan Pahang sudah pun mengambil sebarang tindakan.
Tinggal lagi, semuanya terserah kepada Kerajaan PKR Selangor dibawah Rejim Khalid Gagap tu sendiri sama ada nak teruskan perjanjian Langat 2 tu atau pun sebaliknya.
Kalau diorang tolak sekali pun pemberian air dari negeri Pahang ni tak pe. Tak de masalah. Cuma rakyat Selangor sendiri yang bakal menerima akibatnya.
Jadi, menda kejadahnya puak - puak Kerajaan PKR Selangor pimpinan Rejim Khalid Gagap tu nak panas punggung tak pasal - pasal ni? Diorang terlebih makan cili ke?
Soalnya sekarang, siapa yang enggan terima air tu dari Negeri Pahang? Siapa yang beria - ia sangat mencipta alasan untuk menidakkan keperluan rakyat Selangor ni?
Sekarang, meh kita layan kenyataan penuh MB Pahang yang KONONnya nak ugut Si Khalid Gagap dalam video dibawah. Korang tengok dan fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.