Apa pasal orang nak heran sangat dengan tindakan Tok Jan ni mengabihkan duit rakyat dengan pelaburan di luar Negara tu?
Dia bukannya habiskan duit orang lain. Duit rakyat jugak yang dia guna. Jadi, kenapa nak sibuk - sibuk sangat buat pertikaian itu dan ini?
Kalau dia guna duit dia sendiri tahan la jugak. Boleh jugak la orang nak pertikai kenapa dia nak mengabihkan duit dia macam tu je. Kan itu satu pembaziran?
Lagi pun, macam la kita tak tau perangai puak - puak Pakatan Pembangkang macam Tok jan ni. Diorang ni bukannya reti buat kerja pun!!! Setakat bercakap, tau la diorang buat!!! Itu pasal la dia labur dulu, baru buat kajian kemudian!!!
Meneliti jawapan Menteri Besar Kedah itu, saya dapati penjelasan yang diberikan melayakkannya untuk saya “bakul sampahkan” saja jawapan itu.
Kata Azizan, pelaburan yang dibuat KCB itu dilakukan tanpa persetujuan pihak Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan Kerajaan PAS Negeri Kedah dimana tiada kajian dijalankan mengenai pelaburan tersebut.
Menteri Besar itu memberitahu bahawa setelah pelaburan bernilai ratusan ribu ringgit itu ditandatangani, barulah kerajaan pimpinannya tahu mengenai pelaburan tersebut dan kajian teliti telah dijalankan mengenainya.
Hasil dari kajian tersebut, barulah mereka tahu bahawa pelaburan itu berisiko tinggi dan agak merugikan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah tersebut dan menggesa agar perjanjian serta projek tersebut dibatalkan segera.
Azizan mempersalahkan pihak pengurusan KCB dan dia selamba menyatakan bahawa kerugian RM6.4 juta yang ditanggung itu adalah merupakan asam garam dunia perniagaan, terutamanya berkaitan soal pelaburan.
Berkali-kali saya ulang baca penjelasan Azizan Razak itu, namun setiap kali membaca, saya tidak jumpa satu perkataan “maaf” atau “ampun” dari pihak Kerajaan PAS yang mentadbir negeri Jelapang Padi itu.
Justeru itu saya menyimpulkan bahawa Menteri Besar itu langsung tidak rasa bersalah meskipun kepimpinannya telah menyebabkan jutaan ringgit wang rakyat Kedah hilang begitu saja. - seterusnya...
Ps: Diorang ni ibarat macam Monyet yang kita bagi bunga. Dia bukan tau nak jaga bunga tu. Kalau nak jahanamkan bunga tu tau la diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.