Alahai!!! Kesian pulak Semut tengok Si Nik Aziz ni. Nampak sangat yang dia ni sebenarnya dah ketandusan idea nak berpolitik dengan rakyat.
Hakikatnya, rakyat sekadar dapat melihat bahawa tujuan PAS mempertikaikan pasal MCA ni adalah bagi tujuan untuk mengelak dari menjawab persoalan utama.
Mereka hanya nak melarikan diri dari menjelaskan keGAGALan dan keLEMAHan mereka dalam pentadbiran selama hari ini.
Biar pun diberi peluang bertahun - tahun lamanya, mereka tetap GAGAL untuk menjaga Kebajikan Rakyat seperti yang didabikkan sebelum ini.
Maka, seperti biasa mereka akan menjadikan isu pasal Hukum Hudud sebagai jalan keluar dari menjawab persoalan sedemikian.
Bagi Si Nik Aziz ni, Islam tu memang hanya sekadar satu alat permainan Politik mereka semata - mata yang boleh dipergunakan pada waktu suntuk.
Kenyataannya, PAS bukan ikhlas sangat pun nak memperjuangkan Islam sangat. Jauh sekali diorang nak menegakkan Hukum Hudud seperti mana yang didombarkan selama ini.
Jika tidak, kenapa mereka enggan menjadikan Hudud sebagai sebahagian dari manifesto mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Kenapa mereka tidak menjadikan Hukum Hudud sebagai agenda utama sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya kelak?
Dan persoalan yang paling utama, kenapa mereka tidak menjadikan Hukum Hudud sebagai salah satu dasar utama dalam Buku JingGay yang menjadi dasar perjuangan Pakatan?
Jika benar mereka ikhlas nak memperjuangkan Hukum Hudud, sudah semestinya mereka akan bermati - matian mempertahankan perlaksanaannya dalam Buku JingGay tu.
Tapi, kenapa pulak diorang hanya sekadar mendiamkan diri bila Pakatan 'Bersetuju untuk Tidak Bersetuju' menolak Hukum Hudud?
Tambah memalukan, mereka jugak turut mengeluarkan arahan menutup mulut kepada semua pemimpin PAS dari membicarakan isu tersebut bila DAPigs mempersoalkannya.
Jadi, buat orang yang macam Si Nik Aziz ni, nasihat Semuta mudah. Jangan banyak cakap la!!! Jangan asyik nak menyalahkan orang je kerjanya. Bila orang kata dia nyanyuk, tau pulak dia marah. Tapi bila bercakap, macam orang tak sedar diri pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.