Apa pasal pulak Si Ketua Pnipu tu nak ambik tahu sangat pasal Kuil Hindu dekat Batu Caves tu? Dia bukannya ada kena mengena pun.
Tapi, sebagai seorang Kaki Penipu yang memang cukup pandai membelit, Si Ketua Penipu tu nak jugak sibuk dan ambik tau pasal perkara tersebut.
Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu ada keuntungan yang hendak diperolehi dari projek pembinaan Kondominum yang terletak berhampiran dengan Batu Caves tu.
Sama ada keuntungan tu diperolehi secara lansung atau tidak, dia pasti akan dapat keuntungannya. Ye la, siapa pulak yang nak rugi ye tak.
Biar pun projek tersebut telah dibantah keras oleh penganut agama Hindu dari seluruh Negara, Si Ketua Penipu tu peduli apa. Dia tetap jugak nak projek tu diteruskan.
Namun, yang menghairankan rakyat ialah tindakan Si Ketua Penipu tu menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional dalam isu ini.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menikmati keuntungan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghentikan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Sri Maha Mariamman serta merta."Jika kita batalkan dan kena saman, siapa akan bayar? Negeri. Siapa kumpul duit? Umno, Barisan Nasional dan MIC. Siapa bayar? Kita bayar. Ini kerja orang bodoh."Bila mereka (BN) berkuasa, mereka macam raja, semua boleh. Bangunan 29 tingkat dekat kuil. Tapi sekarang mereka tiada kuasa, Khalid (Menteri Besar) dipersalahkan," kata Anwar ketika berucap dari siri Jelajah Merdeka Rakyat di sini, hari ini.
Soalnya sekarang, siapa yang bercadang nak bina kondominium dikawasan tersebut? Bukan ke Rejim Pakatan Selangor yang buat tindakan tersebut?
Jadi, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu nak salahkan orang lain? Kan dia jugak berjanji nak memperjuangkan Hak Masyarakat kaum India di Malaysia ni.
Sebaliknya, kenapa pulak dia tak nak sokong bantahan yang telah disuarakan oleh golongan tersebut sebelum ini secara terang - terangan?
Kenapa pulak dia beria - ia nak mempertahankan tindakan zalim Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Khalid Gagap tu?
Nampak sangat la Si Ketua Penipu tu memang sengaja nak mempolitikkan semua benda yang ada dalam Malaysia ni. Dia buat bila sesuatu isu tu ada kepentingan Politik, bukannya dia ikhlas sangat nak memperjuangkan hak orang sangat pun!!!
kalau dah tahu bila buat projek kondominium ni akan menimbulkan masaalah kenapa buat.nampak sangat anwar ni nak mengelirukan rakyat negara ni.macam rakyat negara ni bodoh sangat.
BalasPadam