Sabtu, Oktober 27, 2012


Fuh!!! Punya hebat zaman sekarang ni ye. Sampaikan 'Ayam' pun kena hantar pergi ke sekolah untuk belajar bahasa. Kalau tidak, diorang kena pukul.

Tapi ayam ni bukan la ayam yang biasa berkokok dan bertelur tu. Sebaliknya, ayam yang jadi bahan habuan seks untuk lelaki hidung belang.

Dikatakan bahawa diorang ni dipaksa untuk belajar bahasa sebaik sahaja diseludup masuk ke Malaysia bagi tujuan berasimilasi dengan orang tempatan.

Katanya, kalau mereka dapat menguasai bahasa tersebut, maka pendapatan mereka juga akan meningkat sebab mereka mesra pelanggan.

Untuk memastikan keadaan ini berlaku, jadi Bapa Ayam dan Ibu Ayam yang mengendalikan sindiket sedemikian terpaksa la bukak kelas tuisyen.

Sampai macam tu sekali tahaonya diorang ni nak menipu rakyat ye. Lebih kurang sama jugak dengan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Kerja lain tak de. Asyik nak menipu je kerja diorang!!!
KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi. 
Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.
Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul. 
Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan. 


Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.
Ps: Rasanya, kelas bahasa ni pun perlu jugak melibatkan kakitangan awam yang bekerja dikaunter perkhidmatan. Bukan apa. Suruh diorang belajar berbudi bahasa sikit. Jangan ikut suka hati je nak layan pelanggang!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Assalam tuan,

    Minta dipautkan blog saya kepada blog tuan. Blog tuan telah saya pautkan. Harap diperkenan. Terima kasih, tuan.

    http://www.inigoblogpolitik.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping