Kejayaan Tasha menggenggam trofi Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2012 sebelum ini ditohmah kononnya mendapat bantuan daripada Datuk J yang membeli undi.
Terkini, kemenangannya pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 untuk kategori Heroin Baru Terhebat pula didakwa pula hasil bantuan pengurusnya.
Khabarnya, pengurus Tasha yang hanya mahu dikenali sebagai Embun itu sanggup ke hulu dan ke hilir meraih dan meminta orang ramai mengundi artisnya itu.
Jelas Embun: "Benda ini (raih undi) sebenarnya strategi untuk membantu Tasha menang.
Saya bukan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali untuk meraih undi sebaliknya bertemu rakan-rakan saya dan Tasha.
"Tasha tidak diberitahu pun akan hal ini. Selepas usaha itu selesai, baru saya beritahu Tasha.
Saya ingat Tasha akan marah, tetapi rupa-rupanya dia tidak kisah pun."
Mengulas perkara itu, Tasha menganggap pengurusnya itu seperti keluarga.
Segala tindakan yang Embun lakukan untuk dirinya akan diterimanya dengan terbuka.
"Sebenarnya kemenangan Tasha adalah rezeki. Tasha rasa bersyukur," akuinya.
Ps: Sepatutnya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu kena belajar macam mana caranya nak pancing undi macam ni. Jangan setakat tau nak tuduh orang dan buat dakwaan yang bukan - bukan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.