Wah!!! Tak habis - habis lagi cerita pasal blogger buat cerita yang bukan - bukan ni ye. Masih tak serik - serik ke diorang tabur cerita yang mengarut?
Sampai tahap nak kena saman ni, memang parah sangat la nampak gayanya. Tu semua mesti sebab suka sangat merekayaksa cerita yang dikutip dari tong sampah.
Jadi tak heran sangat la kalau blogger terbabit akan dikenakan tindakan undang - undang dari pihak yang tertentu. Begini ceritanya.
Blogger terbabit katanya buat satu cerita mengenai seorang pemimpin yang telah disaman oleh sebuah syarikat. Sebab apa pemimpin tu disaman?
Katanya pemimpin tu telah menyalah-gunakan kuasanya untuk merampas perniagaan yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. Sebab itulah syarikat tu nak saman pemimpin tu.
Cuma fakta yang dijelaskan didalam artikel tu telah dipusing dan diterbalikkan oleh bloger tersebut. Bukannya syarikat tu yang saman pemimpin terbabit.
Sebaliknya, pemimpin tu yang saman syarikat tersebut. Jadi, dengan ertikata lainnya, blogger tu dengan sengaja telah memutar belitkan cerita.
Nampak sangat la blogger dan syarikat terbabit menghadapi halangan dan berniat nk memburukkan imej pemimpin berkenaan sama ada sengaja atau tidak.
Jika itulah niat blogger terbabit, memang patut sangat la kalau pemimpin tu ambik tindakan sebab sengaja menyebarkan cerita yang telah diputar belit faktanya.
Tapi, apa nak pelik ye tak. Dah memang itu je kerja yang diorang ni tau buat. Sama la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Diorang sekadar tau nak putar belitkan fakta je. Bila disuruh buat kerja, satu hapah pun diorang tak buat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.