Jumaat, Oktober 12, 2012


Ramai orang yang mula ragu - ragu dengan dasar perjuangan PAS yang kembali menjadi perhatian sejak beberapa hari yang lalu. 

Semuanya tertanya - tanya, apa salah Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Shahnon Ahmad sehingga beria - ia mereka diserang oleh parti mereka sendiri?

Adakah ianya salah untuk seorang ahli menegur kekhilafan partinya yang dilihat semakin hari semakin jauh dari dasar perjuangan asal?

Adakah PAS kini mula mengikuti jejak langkah PKR dan DAPigs yang menganggap ianya satu dosa besar bagi ahli untuk menegur partinya sendiri?

Soalnya, adakah ianya satu dosa besar bagi mana - mana ahli untuk melakukan perkara tersebut didalam sebuah parti Politik yang mempergunakan Islam sebagai alat?

Sampai begitu sekali mereka mengagungkan DAPigs dan Si Ketua Penipu tu melebihi dari Islam tu sendiri. Jadi, tak heran la kalau semakin hari semakin ramai orang yang meninggalkan PAS!!! Diorang berjuang pun bukan untuk Islam tapi untuk diri sendiri je!!!
Teguran mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu tidak lari dari perjuangan asalnya termasuk perlaksanaan hukum hudud menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakan sekutu parti itu terutamanya DAP. 
Pensyarah dan Penganalisa Politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata teguran Nasharudin itu boleh menrenggangkan hubungan antara Pas dengan DAP dan PKR yang sejak kebelakangan ini dilihat tidak sehaluan dalam beberapa perkara.

 “Keputusan Ustaz Nasha mempertahankan hudud telah menimbulkan rasa tidak senang pemimpin DAP yang secara terang-terangan menentang perkara itu, dan tidak mustahil jika pemimpin parti terbabit akan mengenakan tekanan kepada Pas supaya mengambil tindakan terhadap apa yang dinyatakan oleh Nasha.  

“Teguran terbaru Ustaz Nasha itu mungkin disebabkan beliau merasakan Pas sudah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya, kepimpinan Pas dilihat banyak mendiamkan diri terhadap apa sahaja tindakan yang dibuat oleh rakan sekutunya terutama daripada DAP.

 “Mungkin beliau merasakan Pas bukan Pas yang disertainya dahulu, Pas kini lebih kepada untuk mendapatkan kuasa sepertimana DAP dan PKR yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti, sehinggakan tindakan terbaru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penulis buku daripada India, Mobashar Jawed Akhbar yang berfahaman liberal tiada siapa yang memberikan komen,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping