Jumaat, Oktober 12, 2012


Hari ini cakap lain, esok lain pula kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin agung PKR di Selangor dan itulah kenyataan sebenar mengenai pentadbiran kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Sebagai Menteri Besar, Khalid Ibrahim sepatutnya mengotakan janji yang dibuat dalam manifesto pilihanraya kononnya untuk menyelesaikan isu air di negeri itu dan bukannya mengambil tindakan mencabar rakyat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya.

Tindakan itu secara terang menunjukkan keangkuhan Khalid walaupun dengan rakyatnya sendiri.

Sebelum ini, Khalid telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan tanpa berfikir kononnya mahu menyelesaikan krisis air di Selangor namun sehingga ke hari ini, tidak ada apa-apa perubahan positif yang berlaku.

Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika ditemui, memberitahu sehingga ke hari ini, Khalid begitu keras kepala dan sanggup membiarkan rakyat terseksa dengan krisis air yang berlaku.

“Jika direnungkan itu antara manifesto yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat Selangor pada tahun 2008 kononnya mereka akan memberi air percuma kepada rakyat di seluruh negeri itu sekiranya memenangi pilihanraya umum.

“Namun apa yang berlaku sekarang, rakyat terus dihambat dengan krisis air… malah apa yang lebih teruk rakyat terpaksa menyaman Khalid untuk menuntut janji yang PKR buat sendiri.

“Macam mana rakyat saman MB dan ini jelas menunjukkan MB Selangor tidak buat kerja,” katanya ketika hadir di Majlis Dialog Isu Air Selangor di Parlimen Ampang, malam tadi. - seterusnya...


Ps: Itu pasal la orang selalu kata. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni setakat tau bercakap je. Diorang bukan tau nak buat pun. Mengabihkan masa tau la diorang ni!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping