Kisah artis jadi 'Playgirl' ni bukan la cerita baru sebenarnya. Cerita tu dah lama orang jadikan bahan pertikaian dan persoalan. Tinggal lagi, mana ada orang yang nak mengaku.
Hari ni, dalam akhbar, keluar la satu temu bual dengan seorang artis tu yang jugak menafikan bahawa dia seorang 'Playgirl'. Dibawah ni cerita yang pernah timbul tak lama dulu. Jadi, korang fikir la sendiri baik buruknya!!!
Hari ni, dalam akhbar, keluar la satu temu bual dengan seorang artis tu yang jugak menafikan bahawa dia seorang 'Playgirl'. Dibawah ni cerita yang pernah timbul tak lama dulu. Jadi, korang fikir la sendiri baik buruknya!!!
BEBERAPA keping gambar mesra dirinya menimbulkan spekulasi apatah lagi apabila potret itu melibatkan dua yang berbeza.
Senyuman dan gaya badan yang ditunjukkan seakan mengesahkan kewujudan hubungan istimewa antara mereka.Sengaja mencari publisiti murahan dengan menyebar rakaman gambar sendiri? Timbul juga persoalan sama ada perbuatannya itu bertujuan bagi menyedarkan orang kembali tentang kehadiran pendatang baru sepertinya.“Semua gambar yang tersebar itu diambil dari profil BBM (BlackBerry Mesengger) Ain. Ain tak tahu siapa yang menyimpan dan kemudian menyebarkannya,” bicara awal bekas pelajar rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan ini tentang perkara tersebut.Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini juga menafikan dia sengaja menunjuk-nunjuk teman lelakinya kepada senarai rakan BBM yang lain.Bagaimanapun, Ain memberi alasan dia lebih menghargai persahabatan yang dibina. Sebab itu anak kedua dari lapan beradik ini kerap menukar gambar profilnya.“Ain bukan seorang ‘playgirl’. Semua lelaki yang bergambar dengan Ain itu bukan skandal dan saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar teman lelaki.“Lagi pun Ain tak rasa ini satu masalah besar. Ain cuma bergambar dengan lelaki. Bukan gambar itu merakam ketika Ain buat satu kesalahan. Macam teguk minuman keras, merokok atau bersosial,’’ jelasnya bersungguh-sungguh.Pada masa yang sama, pemilik nama Nadiawati Ainul Basir ini menafikan dia sengaja mencipta situasi selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Maulana AF8 berakhir.Semasa program hiburan berkenaan berlangsung pada tahun lalu, Ain dikatakan punya hubungan cinta dengan Maulana. Perkara tersebut turut diketahui oleh kekasih Maulana ketika itu.“Ain tak terdesak sangat nak cari kekasih buat masa sekarang. Kisah lama antara Ain dengan Maulana pun sudah lama berakhir. Tak ada apa yang hendak diceritakan lagi.“Bukan masa sekarang ini, bukan masa yang tepat nak cari kekasih. Ain ada banyak benda yang hendak dikejar dalam hidup,’’ terang wanita berusia 25 tahun ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.