Selasa, Oktober 30, 2012


Haduh!!! Apa nak jadi dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Kenapa la diorang ni suka sangat buat kerja yang bukan - bukan macam ni.

Apa, diorang ni tak de kerja lain ke nak buat selain dari menabur fitnah dan menipu rakyat je kerjanya? Hidup diorang ni penuh dengan penipuan je la hari - hari.

Mungkin sebab tu la diorang ni GAGAL untuk menerima hakikat Kebenaran yang sebenarnya sebab diorang dikelilingi oleh tipu helah sendiri.

Diorang hidup dalam penipuan yang dicipta untuk rasa diri diorang bagus. Ini yang orang kata 'Sindrom Penafian' ni. Diorang cipta dunia yang diorang boleh rasa selamat.

Walaupun dunia yang diorang cipta tu bukan lah dunia yang sebenar, tapi diorang bukannya peduli. Itu pasal la bila ada orang yang bogelkan mereka, diorang buat tak tau je.

Tinggal lagi, benda - benda macam ni dah tak pelik brader. Dah nama pun diorang ni Penipu Rakyat. Badan pun dah macam biawak, lidah pun apatah lagi. 

Lagi pun, fitnah ni dah jadi darah daging. Benda tu dah jadi 'diet' harian untuk diorang ambik bagi memastikan yang diorang mampu bertahan. Macam dadah la. Tak dapat sehari, ketagih. Kalau dah namanya Penipu tu, Penipu la jugak!!! Bukannya boleh ubah jadi benda lain!!!
SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.

Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.

“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain. 
MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?

DZULKARNAIN:
 Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya.
 
Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. 
Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. 
Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping