Selasa, Oktober 30, 2012


SHAH ALAM – "Siapa makan cili dia yang rasa pedas."  Demikian tegas Exco Selangor Ronnie Liu menjawab permintaan permohonan maaf secara terbuka Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang mendakwa beliau mengaitkannya dengan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

“Saya tidak sebut nama dia. Kalau orang lain sebut, suruh orang itu yang minta maaf. Saya hanya sebut orang MIC. Saya pun tidak tahu siapa orang MIC yang jadi anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Kamalanathan menggesa Liu segera membuat permohonan maaf secara terbuka kerana dakwaan yang dibuat ke atas beliau berhubung projek berkenaan adalah satu pembohongan.

"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Menurut Kamalanathan, Liu telah mendakwa beliau dan  Pengerusi Gerakan Selangor Senator A. Kohilan Pillay adalah antara anggota MPS yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu.

“Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Oktober lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf di atas kenyataannya itu, Liu berkata “isu minta maaf tidak berbangkit.”

Kamalanathan berkata, kenyataan Liu itu mencemar nama baiknya dan Kohilan untuk mendapat keuntungan politik semata-mata tanpa menyelidik fakta berhubung perkara itu.

Minggu lalu, Kohilan dilaporkan berkata segala kelulusan projek itu dikeluarkan kerajaan Selangor pimpinan PKR melalui Exco Kerajaan Tempatan pada 26 Jun 2008.

Ps: Kalau dah dasar Bebal tu, Bebal la jugak. Si Ronnie Liu ni bukannya reti nak hormat orang. Sama je dengan pemimpin - pemimpin lain dalam DAPigs tu. Padahal kerja satu hapah pun diorang tak buat!!! Setakat cakap je lebih!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping