Jumaat, Oktober 05, 2012


Hehehe... Tak sangka pulak polimik yang dicipta oleh Parti Kencing Rakyat tu benar - benar mampu menggugat keutuhan dalam Pakatan Pembangkang ni.

Sebelum in Ketua Penerangan PKR Selangor yang mulut tak de insuran tu keluarkan kenyataan bahawa PKR bakal membariskan 20 orang pemimpin mereka sebagai kabinet.

Kenyataan tu dikeluarkan berikutan cabaran YAB Perdana Menteri Malaysia kepada puak - puak Pakatan Pembangkang yang kuat sangat menyalak tu.

Persoalan yang ditimbulkan ialah kenapa mereka sanggup menghabiskan masa buat Bajet Bayangan sedangkan Kabinet Bayangan mereka tak mampu nak buat?

Itu sahaja persoalan yang sebenarnya. Tapi, nampak gayanya isu tu dah melarat - larat disebabkan keceluparan mulut Si Ketua Penerangan PKR Selangor tu sendiri.

Kalau sebelum ini kit dah dengar amaran yang dikeluarkan oleh Parti Angguk Saja terhadap PKR melalui Setiausaha Agungnya. Kali ini dari mulut Naib Presiden PAS pulak.

Kata Si Husam ni, PAS lebih suka mendiamkan diri dari bercakap dan memberikan sebarang komen yang masih belum tentu jadi atau tidak.
"Saya rasa kita tak boleh hidup dalam bayang-bayang, kalau kita nak buat kabinet bayangan...tapi kita belum dapat menang lagi, nanti orang kata kita gila bayang.
Hah!!! Kenapa pulak Si Husam ni nak buat andaian seperti itu? Macam dia tak yakin je yang Pakatan Pembangkang tu mampu merampas Putrajaya?

Macam mana pulak dia tak yakin sedangkan Si Ketua Penipu tu dah beria - ia sangat bermimpi nak duduk kerusi Perdana Menteri selepas PRU akan datang?

Bukan sekali Si Ketua Penipu tu dengan angkuhnya mendabik dada kata dia yakin dapat jadi Perdana Menteri. Tapi dua kali!!! Kali pertama dalam ucapan dia sebelum ini.

Dia kata dia nak telefon Tan Sri Pengerusi SPR dan desak beliau untuk buat pengumuman mengenai kemenangan Pakatan Pembangkang seawal jam 2.30 petang.

Kali kedua Si Ketua Penipu tu mendabik dada ialah selepas habis membahaskan Bajet 2013 depan kerusi kosong. Kerusi kosong tu bukan sebab apa. 

Sebab orang dah tau perangai Si Ketua Penipu tu sendiri. Dah nama dia pun Ketua Penipu. Jadi, apa lagi yang dia mampu buat selain dari Menipu!!!

Bukan ke cara Si Ketua Penipu tu memang jelas membuktikan yang dia memang Gila Bayang? Cakap bukan main lagi, tapi bila suruh buat Kabinet Bayangan pun tak mampu.

Kesimpulannya: Puak - puak Pakatan Pembangkang ni setakat boleh bercakap je pasal itu dan ini. Berlagak je lebih. Berjalan nak mendabik dada. Siapa yang suka!!! 

Hakikatnya, diorang sendiri pun tak yakin dengan yang diorang mampu untuk merampas Putrajaya. Maka sebab itulah diorang banyak buat alasan yang bukan - bukan untuk mengaburi mata rakyat. Tapi, itulah. Siapa suruh diorang kuat sangat Menipu!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ketua pembangkang kuat merapu..dia janji macam2 pun takpa, dia tak rugi apa2 pun.. kredibiliti dia dinalai dari apa yg dia ckp..

    BalasPadam
  2. itu belum menang lagi dalam PRU 13 dah sibok2 nak memerintah siap berebut kerusi dan ada yang tidak dicalonkan dah meroyanlah pulak sama sendiri. kita takun ada yang terjun lombong nanti kalau kalah dalam PRU 13 hoi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping