Wah!!! Memang 'Drama Queen' betul la SI Mat Sabu ni ek. Pandai betul dia menyerlahkan ekspresi diri dia secara 'Public' untuk mendapatkan perhatian. Hari tu dia punya marah bukan main.
Dek kerana Si Ketua Penipu yang suatu ketika dulu pernah dia panggil sebagai 'Kaki Pungkoq' punya pasal, habis Mikrofon dia baling ke arah kain rentang sewaktu menyampaikan ucapan.
Kali ini, dek kerana orang tak bagi parti KUALI tu bertanding dalam Pilihan Raya Kecik, meja pulak jadi mangsa 'Drama' Si Mat Sabu tu. Mujur tak patah dua je meja tu dia hentak dengan kuat.
Dengar katanya, Si Mat Sabu tu bertindak sedemikian rupa selepas dia diasak oleh kumpulan kartel yang Pro kepada Si Menteri Besar Selangor tu dalam satu mesyuarat yang diadakan.
Menurut kata sumber, tindakan Si Mat Sabu tu dilakukan sebagai tanda protes terhadap keputusan PKR menghalang parti pimpinannya dari turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kali ini.
Tuntutan itu katanya dikemukakan oleh dua orang Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikenal pasti dari kem Azmin atau digelar sebagai kumpulan boboi.
“Kalau nak perbodohkan orang pun, agak-agaklah……. bukan semua orang lain bodoh macam Tian Chua dan Shamsul Iskandar.
“Ada ke patut, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di depan Mat Sabu dan Lim Guan Eng, Boboi cadangkan supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR bertanding di Sungai Besar….!
“Sekali Abang Mat hentak meja, tahu pun Boboi terkial-kial macam tikus masuk perangkap, muka pucat lesi. Kalau aku jadi Abang Mat, aku pergi tonyoh je kepala Boboi tu ke bucu meja,” dedah facebooker pro PAN, Abe Awang Malaya.
Mungkin Si Mat Sabu tu tak faham. Orang tak nak bagi parti KUALI pimpinan dia tu bertanding bukan sebab tak percaya kepada dia. Tapi sebab orang tak nak parti dia tu menambah kemaluan kepada Pakatan.
Kot kalau bagi parti KUALI Si Mat Sabu tu bertanding di Sungai Besar sekali pun, bukan ada sebarang faedah pun. Belum tentu lagi parti pimpinan Si Mat Sabu tu dapat diterima oleh semua orang.
Tapi, itulah masalahnya bila bercakap dengan orang yang ada nafsu besar tak tentu arah ni. Dia suka main 'Sondol' ikut suka hati dia je. Bukannya dia peduli sangat pun siapa punya yang dia 'Sondol' tu. Waima kawan baik dia punya sekali pun, dia boleh 'Sondol' jugak sesuka hati!!!
begitulah sikap org yg bernafsu besar nak kuasa....tak sesuai langsung jdi pemimpin.
BalasPadamBABUN OH BABUN....
BalasPadamMuka mcn TENUK..perangai mcm BABUN...
PadamBetullah Mat Sabut ni,mcm sabut hanĂ½ut ke laut.Perasan dan syok sendiri.Tk sedar di untung..Tkpelah duit DAP kalau hilang deposit pun..
BalasPadamhehehe,,,,, mat sabut punyaler deramatik.
Padamsekarang pon pas jadi hamPAS, PAN akan jadi debu sabut////