Sabtu, Oktober 20, 2012


Sejak memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2008, pelakon cantik, Nora Danish sudah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menempuh kehidupan seharian.

Sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki termasuk penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, aktres kacukan Myanmar-Melayu ini pernah berhadapan dugaan paling besar apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga aktor Adi Putra. 

Terbaru dia dikatakan pula sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan. Di satu laporan akhbar menyebut Nora sendiri mengakui rapat dengan jejaka itu. 

Namun selepas semua kenyataan tersebut keluar, Nora sering menafikan hal tersebut dan mengatakan pihak media kerap membuat andaian kurang benar terhadap kenyataan yang diberikannya.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nora berkata dia terkejut apabila dikatakan rapat dengan seorang ahli perniagaan, sedangkan dia tidak pernah membuat kenyataan sedemikian sewaktu ditemu bual sebuah akhbar dua minggu lalu. 

"Dalam temu bual tersebut, saya memberitahu buat masa sekarang saya memang berkawan dengan ramai lelaki, namun tidak terfikir untuk memilih salah seorang daripadanya untuk menjadi teman hidup saya", katanya.

Tambah Nora lagi, dia mempunyai ramai kawan lelaki, namun tiada langsung perancangan untuk berkahwin. 

Malah teraju utama filem Aku Terima Nikahnya ini selesa dengan keadaan sekarang dan mahu lebih fokus kepada kerjaya dan membesarkan anak lelakinya Putera Rayqal Ramli yang kini berusia 4 tahun.

Ps: Berkawan memang la biar ramai, tapi kahwin takkan nak banyak kali pulak!!! Agak - agak la wei!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping