Sabtu, Oktober 20, 2012


Haduhai. Apa pasal la Dr. Chandra ni mengarut benda yang bukan - bukan ni? Dia ni pun dah nyanyuk jugak ke? Ada pulak dia kata yang PKR tu amalkan rasuah.

Mana mungkin Parti Kecoh Ramai tu buat benda tu. Diorangkan parti yang paling Bersih dalam dunia. Kalau ada dunia lain pun masih tak mampu melawan PKR ni.

Kalau sebelum ni, dalam satu temubual dengan media asing, Si Ketua Penipu tu tergagap - gagap menolak dakwaan bahawa parti dia mengamalkan Nepotisme.

Dia jugak berulang kali menyebut bahawa parti Kera-Amat dia tu jugak menolak amalan Nepotisme dalam pentadbiran. Tapi, kalau tengok sekarang, setakat indah khabar dari rupa.

Hakikatnya, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka mengamalkan semua perkara diatas. Termasuk la dengan gejala Rasuah. Jangan cakap la diorang ni Bersih sangat.

Kalau betul diorang ni Bersih, kita tengok. berani tak diorang nak ambik tindakan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Dr. Chandra ni. Kalau setakat menafikan begitu je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuk wakil rakyat Barisan Nasional menyertai pembangkang dalam peristiwa 16 September 2008 adalah sebuah bentuk rasuah, menurut bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar.

Ekoran itu katanya, parti yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai tidak mempunyai etika politik selain pemimpinnya tidak bermoral.

"Kita ambil dua contoh tentang sikap beliau kepada prinsip dalam perjuangan, khususnya prinsip yang berhubungkait dengan rasuah... Apa yang Anwar (Ibrahim) cuba lakukan pada 2008, peristiwa 16 September, itu adalah rasuah.

"Tak dapat kita nafikan, beliau cuba memujuk beberapa individu untuk menyertai beliau menjatuhkan dan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

"Itu pada hemat saya bertentangan dengan demokrasi, bertentangan dengan soal etika politik kerana beliau cuba merampas kuasa melalui pintu belakang. Itu bertentangan sama sekali dengan etika politik," katanya.

Dr Chandra yang juga Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST) berkata peristiwa 16 September itu menunjukkan bahawa Anwar selaku Ketua Umum PKR sanggup melakukan apa saja agar cita-citanya menjadi perdana menteri tidak terbantut. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping