Heran jugak dengan pemikiran puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Takkan la macam ni pun boleh dikatakan yang diorang ni memperjuangkan Kebajikan Rakyat?
Kalau sebelum ini, pihak Mahkamah telah memutuskan bahawa pengambilan tanah YBK oleh Rejim PKR Selangor adalah tidak sah.
Oleh yang demikian, pihak Mahkamah telah mengarahkan Rejim PKR Selangor agar memulangkan semula tanah tersebut kepada YBK.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memfailkan rayuan begi membolehkan semakan semula dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang memerintahkan kerajaan negeri memulangkan semula tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas pada 2010."Biasanya kita akan menerima keputusan mahkamah,tetapi jika perlu kita akan buat semakan. Tetapi keputusan mahkamah itu untuk satu tanah sahaja, tetapi tanah-tanah yang mereka tidak membayar premium tidak dipersoalkan dalam pengambilan balik tanah kerajaan negeri."Saya belum berbincang dengan peguam tentang tatacara ataupun keputusan yang dibuat oleh mahkamah secara bertulis, sebab mahkamah membuat keputusan mengenai proses pengambilalihan," Katanya ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam selepas mesyuarat exco di sini.
Apa lagi yang Si Khalid Gagap tak puas hati sangat dengan keputusan tersebut? Kenapa pulak dia nak ambik tindakan dan merayu semula kes tersebut dimahkamah?
Tanah YBK tu adalah untuk membantu rakyat mengembangkan lagi punca pendapatan mereka. Itu tujuannya YBK diberi tanah tersebut.
Jadi, kenapa pulak Rejim PKR Selangor nak ambik balik tanah tu? Bukan ke diorang jugak yang kata nak jaga Kebajikan Rakyat? Jadi, kenapa pulak nak dirampas tanah tu balik?
Bagi je la pada YBK. Bukannya diorang nak buat apa pun. Setakat nak bantu rakyat. Takkan itu pun salah jugak kot.
Inilah sikap sebenar puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang ni sebenarnya cakap je nak bantu rakyat. Tapi setakat cakap je la. Yang tu, semua orang pun tau!!! Kalau disuruh buat jangan harap!!! Kucing dah bertanduk pun belum tentu lagi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.