Jumaat, Oktober 26, 2012


Fuh!!! Memang tak dapat nak dinafikan yang dua adik beradik ni memang cun giler!!! Nak pulak sejak diorang mula pakai tudung ni. Lagi la cair dibuatnya.

Tinggal lagi, diorang tak pulak berperangai macam sesetengah orang tu ye tak. Bila dah berubah, diorang tak la jadi riak dengan ilmu agama mereka.

Mereka tetap jugak merendahkan diri dan tidak memperlekehkan orang lain. Tak de pulak diorang nak bangga sebab diorang dah mula berhijrah.

Ini tidak. Baru dapat ilmu seciput, dah rasa diri tu bagus sangat sampai boleh keluarkan fatwa yang bukan - bukan. Dah bangga bila ada orang panggil dia Ostazah.

Bila orang tegur, dia marah. Orang macam tu yang nak dikatakan membawa kebaikan? Agak - agak la wei!!! Dah la muka pun tak berapa cantik, ditambah pulak dengan perangai buruk. Maka bertambah hodoh la jadinya!!!
Natasha yang lebih mesra disapa Tasha dan kini bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, mengakui hatinya cukup rindu untuk kembali ke Tanah Suci Makkah buat kali kedua.

“Sebenarnya, pemergian saya ke buat umrah tanpa dirancang sebelum ini. Namun, saya sudah lama impi nak buat umrah dan bila ada rezeki, saya nekad ke tanah suci sendirian mengikut pakej umrah tanpa ditemani mama dan ahli keluarga lain.

“Terus terang, selepas buat umrah kali pertama, saya berasa rindu untuk ke sana semula. Sebagai model, saya pernah melancong ke pelbagai negara di seluruh dunia tapi perasaannya cukup berbeza sama sekali bila kita berada di tanah suci. 

“Sukar saya gambarkan perasaan ketika menatap Kaabah buat kali pertama. Bagi saya, ia tempat yang paling tenang di dunia Di situ semua manusia sama di sisi Allah tanpa membezakan pangkat atau darjat mereka,” katanya. 

Berkongsi pengalaman ketika di sana, kata Tasha, banyak perkara yang menimbulkan keinsafan dalam dirinya sepanjang di sana. 

“Selain dapat pengalaman solat depan jenazah, perkara yang banyak membuka mata saya ialah mengenai teman sebilik yang juga seorang mualaf ketika di sana.  
Walaupun baru setahun memeluk islam, banyak ilmu agama yang dia lebih tahu dari kita yang memang sudah dilahirkan sebagai orang islam. Kisah hidupnya juga lebih kurang sama dengan saya yang pernah bercerai sebelum ini.

“Pengalaman lain yang turut menimbulkan kesedaran dalam diri ialah bila saya menangis tanpa henti ketika berdoa di Raudah. Saya tidak kisah dipijak dan dilangkah jemaah lain asalkan saya dapat solat dan berdoa di situ. Saya sangat bersyukur kerana segala ibadah di sana dipermudahkan dan apa yang saya doa turut dimakbulkan Allah,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping