MEREKA berdua ini pernah nafi bercinta, tetapi kata sumber SS, kalau artis lelaki itu tidak mahu kena gosip lagi, janganlah terus membuat sesuatu yang boleh mengundang syak wasangka.
Ini kerana dalam cerita terbaru, ada orang yang ternampak si lelaki tadi ada menyelinap masuk rumah pasangannya itu juga seorang artis, baru-baru ini.
Begitulah gosip panas yang menerpa ke telinga SS ketika menghadiri sebuah majlis keramaian di ibu negara, baru-baru ini.
Tertanya-tanya juga apa agaknya aktor kacak itu buat malam-malam buta di rumah aktres cantik berkenaan. Ada perbincangan serius mengenai skrip ke?
Kalau benarlah berbincang soal skrip sekalipun perlu ke sampai ke rumah orang malam-malam? Boleh buat di tempat yang cerah.
Bukankah banyak lagi tempat lain yang lebih sesuai boleh bertemu sekali gus boleh menghindari fitnah?
Bukankah cari pasal namanya tu. Kalau kena cekup macam mana? Mujurlah kawasan rumah aktres itu terletak di lokasi kediaman yang elit.
Kalau rumahnya di kawasan kediaman biasa, sudah ramai yang jadi sukarelawan lantas menghubungi pihak berkuasa.
Mentafsir kata-kata sumber yang menyampaikan gosip ini, ada beberapa bahagian yang membuatkan SS berasa sedikit tidak faham mahupun curiga.
Katanya, aktor berkenaan menyelinap masuk rumah aktres berkenaan tengah malam dengan gaya penuh misteri, siap bertopi dan berjaket lagi.
Amboi, menyamar lagi dalam samar-samar. Menyedari dirinya dipandang oleh sumber SS tadi dia terus tunduk dan meluru masuk ke rumah yang dihuni aktres cantik tadi.
Apa yang berlaku seterusnya antara mereka di rumah itu SS tak pasti. SS masih berharap agar semuanya baik-baik belaka.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.