Isnin, Oktober 08, 2012


Bacalah apa alasan yang dinyatakan oleh Setiausah Agung PAS ni. Memang jelas yang dia cuba nak menyembunyikan Kebenaran.

Tapi apa kan daya. Usaha Pak Mus tu sebenarnya hanya sia - sia belaka. Rakyat dah dapat lihat dengan jelas bertapa HIPOKRITnya puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Jika diikutkan, manusia yang HIPOKRIT ni sama la dengan manusia yang MUNAFIK. Cakap tak serupa bikin. Setakat pandai suruh orang je. Tapi diri sendiri, macam mana pulak?

Kalau ikut kata Pak Mus, amalan Nepotisme dalam Pakatan Pembangkang ni tidak wujud. Yang dijadikan amalan bagi mereka hanya berdasarkan karisma seseorang.
KUALA LUMPUR - Pas, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR), menafikan nepotisme menjadi amalan perikatan berusia empat tahun itu sebagaimana digambarkan oleh pesaing politiknya.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti.

Sehubungan itu kata beliau, pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah.

"Kita lebih memilih kepada kriteria yang sesuai untuk seseorang itu memegang jawatan, bukan disebabkan dia anak orang itu, atau orang ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Boleh pulak Pak Mus bercerita pasal karisma. Tinggal lagi, kenapa perkara yang sama tak boleh digunakan untuk orang UMNO dan Barisan Nasional?

Bukan ke sebelum ni Si Karpal tu dah kata yang mereka memang mengamalkan Nepotisme dengan memilih ahli keluarga dan puak - puak keluarga sendiri?

Nah!!! Dalam ertikata lainnya, nepotisme atau Assobiyah tu memang wujud dikalangan Pakatan Pembangkang sendiri. Jadi, kenapa Pak Mus masih nak menafikan perkara tu?

Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Jangan la ingat kami ni BODOH sangat sampai tak mampu nak melihat perkara tersebut dan berfikir secara rasional. Kalau setakat tipu puak - puak Pakatan tu, boleh la!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping