Buat suatu ketika, rasanya malas dah nak komen pasal Si Pak Timbalan Menteri ni. Dia pun bukannya buat kerja sangat pun untuk rakyat.
Apa yang dia buat selama ini pun setakat bercakap dan menyusahkan orang je. Itu pun dia masih anggap yang diri dia bijak dengan Politik baru yang diciptanya.
Kalau semua orang masih, SI Pak Timbalan Menteri ni la yang telah memalukan diri dia sendiri sewaktu diserbu oleh puak - puak Mahasewel di PWTC dulu.
Insiden 'Bijak' dia yang nak berjumpa dengan budak - budak Mahasewel tu la yang membawa kepada isu memijak 'Bendera' Datuk Seri Najib.
Disebabkan Pak Timbalan Menteri yang Bijaksana ni la, maka budak - budak tu dengan megah mengatakan yang diorang berjaya menceroboh kubu UMNO.
Dalam kenyataan balas Pak Timbalan Menteri ni, dia kata dia buat semua tu untuk mendapat sokongan dari kalangan Mahasewel tu.
Kononnya, dia ingat puak - puak Mahasewel tu dengar cakap dia. Kalau betul diorang dengar cakap dia, kenapa budak - budak tu tetap jugak nak hantar Memo di PWTC?
Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin yang dihormati oleh budak - budak Mahasewel tu, dia perlu meyakinkan mereka untuk hantar memo tu di Putrajaya.
Maka, boleh la kita kata yang 'Kebijaksanaan' Pak Timbalan Menteri ni la yang menjadi punca gambar Perdana Menteri dipijak oleh puak - puak Mahasewel tu. Pun lagi dia nak kata yang dia tu bijak? Apa, dia ingat orang lain ni semuanya bodoh sangat ke!!!
SHAH ALAM - Datuk Saifuddin Abdullah menafikan beliau menyokong jutawan spekulator mata wang, George Soros ataupun Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagaimana didakwa segelintir beberapa pihak, sebaliknya hanya memberi pendapat dari perspektif politik baru."Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan."Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Salam saudara SH. Kekadang tu rasa tak masuk akal gak dgn keletah dan telatah dema semua tu. Kata side belah Kerajaan, tapi dok hentam balik...politik gaya baru kebendanya ni? 2 perkara je, samaada sokong Kerajaan atau puak sana? That's it. Kalau gaya gitu, mcm mana pula suara yg majoriti? D biar shj? Sekadar luahan perasaan..PemudaTG
BalasPadam