Ahad, Oktober 14, 2012


Kalau dalam Islam, hanya ada satu makhluk sahaja yang buat kerja menjual mimpi ni iaitu Dajjal. Hanya Dajjal je yang buat benda macam tu.

Jadi, puak - puak Pakatan Pembangkang ni pun dua kali lima je dengan Dajjal tu. Kalau sebelum dapat kuasa, macam - macam benda yang ditawarkan. 

Tapi bila dah dapat, satu Hapah pun diorang tak buat. Bila tanya kenapa janji tu semua tak ditunaikan, macam - macam la alasan yang keluar. Tinggal lagi, diorang ni memang dah tak de kerja lain. Menipu tu je la kerja yang diorang tau buat pun!!!
Menjelang pilihanraya umum, pelbagai idea dan tawaran dibuat pada rakyat. Ada yang munasabah dan banyak juga hampir mustahil dilaksanakan. Ada yang sekadar menanam tebu di pinggir bibir untuk memaniskan janji politik masing-masing.

Ini masanya untuk rakyat menyemak rekod prestasi parti-parti yang bertanding serta mutu perkhidmatan wakil-wakil parti yang dipilih sebelum ini. Misalnya, jika krisis kekurangan bekalan air terawat akan berlaku pada 2014, adakah sempat untuk kerajaan Selangor menanganinya dalam tempoh kurang dua tahun?

Soal bekalan air tidak begitu sukar ditangani. Bak kata Menteri Besar Selangor, TanSri Khalid Ibrahim, ia boleh diperolehi daripada tasik air terbesar di Semenanjug iaitu Tasik Kenyir. Entah bila kerajaan Terengganu berunding dengan beliau dan pada kadar mana pembelian dipersetujui, tidak pula beliau nyatakan.

Jawapan dan penjelasan Khalid memang amat simplistik. Dapatkan air dari Terengganu dan bina loji rawatan air sendiri. Kosnya lebih rendah daripada melaksanakan projek Loji Langat 2 untuk mendapat bekalan air dari Pahang dan bina Loji rawatan air baru.

Khalid berani berkata demikian kerana dia mahu menaikkan semangat dan keyakinan penyokong khasnya dan rakyat Selangor, amnya. Beliau Menteri Besar serba tahu. Dia orang korporat. Dia percaya dia ada formula untuk berniaga masa depan dengan kualiti hidup rakyat.

Pendekatan Khalid ialah mentaliti seorang penjudi. Dalam permainan pakau misalnya, seseorang itu harus berani memberi gambaran dia mempunyai daun terup kemenangan. Dia harus beri gambaran dia yakin kerana memiliki daun keramat boleh menang. Dia berharap keyakinan yang dipamerkan akan menggentarkan saingan.

Itu memang tabiat dan silat politik Khalid. Gertak menggertak dan menggerunkan musuh. Cuma kali ini taktik ini sudah mudah dibaca rakyat jelata. Dulu sebaik sahaja memegang jawatan Menteri Besar, Khalid cuba melebarkan sayap dan kemahiran korporatnya dengan mengumumkan projek RM 10 bilion untuk merawat Sungai Kelang untuk jadi paksi ekonomi baru bagi Selangor.

Hampas. Hampir tamat pemerintahannya, tiada apa pun dilakukan untuk Sungai Kelang terutama dalam mengotakan janji mewujudkan berpuluh ribu pekerjaan baru. Bayangkan beliau berani mengacah kesetiaan rakyat Selangor dengan projek berbilion ringgit. Rizab negeri sepanjang empat tahun pemerintahannya tidak sampai dua bilion ringgit. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping