SUDAH beberapa kali Bront Palarae cuba memikat hati Maya Karin, 36, namun belum sekali cintanya diterima oleh aktres itu. Bagaimanapun Bront tidak pernah berputus asa.
Maya dan Bront mula menjadi rapat selepas mereka dipertemukan dalam filem Anak Halal, arahan Osman Ali pada tahun 2007.
Kemudian pada tahun 2011, sekali lagi mereka dipertemukan oleh pengarah yang sama dalam filem box office Ombak Rindu.
Menerusi filem yang mendapat kutipan RM10 juta itu, Bront yang berlakon sebagai Mael sekali lagi cuba menagih cinta daripada Maya yang memegang watak Izzah, namun gadis kampung itu lebih terpesona dengan keagungan cinta Hariz, lakonan Aaron Aziz.
Mungkin sudah jodoh, Osman sekali lagi menggandingkan mereka dalam filem arahannya, Jwanita dan kali ini Maya pula menagih cinta daripada Bront. Bagaimana pun untuk filem akan datang, Sejoli, mereka menjadi pasangan.
Terbaru lakonan Maya dan Bront dapat dilihat menerusi filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina (LBS 2 - Katerina) arahan Sharad Sharan yang menemui penonton di pawagam bermula hari ini.
Untuk sekuel LBS itu, Maya melakonkan watak Katerina yang kecewa dengan Akshah dan bersetuju untuk berkahwin dengan Hisham, lakonan Bront asalkan ibu bapanya gembira.
Bagi Maya, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, merupakan salah seorang artis lelaki yang rapat dengannya dan mereka bebas untuk berbual apa sahaja selain urusan kerja.
Selain Bront, seorang lagi rakan artis lelaki yang sering menjadi peneman Maya adalah heronya dalam filem Cun, Remy Ishak.
Namun, akhir-akhirnya Maya akui dia jarang dapat keluar bersama Remy kerana pelakon itu terikat dengan jadual kerja filem dan drama.
"Saya tidak ramai kawan artis, kalau rapat pun dengan mereka yang pernah bekerjasama dengan saya dalam filem. Macam Farid tu, dia dah marah dengan saya sebab tidak hadir pada majlis pernikahannya.
"Selain rakan-rakan artis, saya juga mempunyai kelompok kawan-kawan baik di luar bidang ini. Kami selalu juga pergi melancong, itu pun susah nak bersama kerana masing-masing sibuk," ceritanya bila ditanya tentang persahabatan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.