Jumaat, November 30, 2012


Hadus!!! Sedih sungguh bila dengar cerita macam ni. Dah macam - macam hal pulak yang timbul. Semuanya membuatkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sakit kepala.

Tapi, sakit tu pun diorang cari sendiri. Diorang jugak yang suka buat hal yang bukan - bukan. Maka sebab itulah yang diorang kena hentam.

Apa yang menyedihkan ialah bila kita dengar cerita pasal orang Melayu suka memecah belahkan ukhwah sesama sendiri macam ni.

Tak cukup dengan itu sahaja. Malah ada jugak pihak yang sanggup menghina dan memperlekehkan sesama agama serta bangsa sendiri. Siapa yang tak sedih kalau macam tu?

Biar pun Melayu kat Malaysia ni ramai, tapi kalau tak bersatu hati, apa gunanya. Nanti, jadi la kita macam Palestin suatu ketika dulu. Berpecah sebab ideologi.

Sekarang ni la baru diorang nak bersatu demi kelansungan survival bangsa mereka dibumi Gaza. Tinggal lagi, Melayu kat Malaysia ni je yang jenis tak sedar diri. 

Masih jugak diorang nak berbalah sesama sendiri demi kepentingan peribadi pihak - pihak yang tertentu. Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Bukannya diorang nak berjuang untuk rakyat sangat pun!!!
KUALA LUMPUR - Orang Melayu hari ini dilihat gembira menyaksikan perpecahan sesama Melayu sendiri, dakwa perwakilan dari Perlis, Aziz Had.


Aziz berkata, ada di kalangan individu yang sengaja mengecam dan menghina budaya Melayu.



"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini gembira apabila institutsi diraja dan budaya Melayu dipermainkan.



"Sehubungan itu, Umno perlu menang dalam pilihan raya akan datang bagi menghakis ancaman itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno ke-66, hari ini.



Katanya, Umno bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan yang ada demi masa depan bangsa dan negara.



"Kami berjanji untuk tidak khianati parti, berjanji bekerja kuat memenangkan parti dan sedia bersaing dengan jujur," katanya.



Dalam pada itu, perwakilan Kedah berharap rakyat Kedah dapat memberi peluang kepada Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir semula negeri itu.



Datuk Othman Aziz berkata, kekalahan sebanyak lima kerusi dalam pilihan raya lalu banyak mengajar mereka dan bingkas bangun.



Menurutnya, dengan semangat 'Aku Janji' yang dipupuk tahun lalu serta baiah yang ditekankan pemimpin, parti itu yakin dapat menawan semula daripada pentadbiran pembangkang.



"Kami mengaku pernah buat silap. Kami mohon berilah peluang kedua kepada kami. Kami berjanji tidak akan kecewakan lagi rakyat Kedah," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. As Salam dan Salam 1 Malaysia..

    Mohon di linkkan blog teman ni ye bro..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Latest article :

    http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/china-doll-verse-2-mcm-sama-plak-ni.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping