Tak lama lagi, sistem Keselamatan yang diguna pakai di Malaysia ni bakal mendapat pengiktirafan diperingkat Antarabangsa dan diperakui oleh dunia.
Agaknya, hanya Malaysia aje yang pakai sistem seumpama ini untuk menjaga Keselamatan Rakyat diorang gamaknya. Di Negara lain tak de kot.
Mungkin disebabkan itu jugak la, sistem AES ni bakal mendapat anugerah World Book of Record kerana beria - ia sangat nak menjaga Keselamatan Rakyat.
Mungkin sebab itulah Si Cho Ha ni beria - ia sangat nak melaksanakan sistem tersebut walaupun dah ramai pihak yang membantah.
SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara buat masa sekarang.Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan AES sebagaimana telah dirancang dan kini dalam proses merujuk Pejabat Peguam Negara berhubung pendirian empat negeri Pakatan Rakyat (PR) yang memutuskan untuk menangguhkannya.Menurutnya, kerajaan menggunakan AES adalah untuk menjaga keselamatan pengguna lalu lintas dan tindakan pembangkang akan mengancam nyawa rakyat."Kerajaan setakat ini tidak mempunyai cadangan untuk tangguh AES, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang minta tangguh pun sebab mereka mahu penjelasan dan itu sebagai mengeluarkan pendapat mereka."AES penting untuk menjaga keselamatan rakyat terutama pengguna jalan raya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Bukan la sistem seumpama ini tak bagus. Kalau dilihat dari satu sudut, memang bagus. Tinggal lagi, adakah ianya sesuai untuk diguna pakai sekarang?
Kalau betul sistem ni nak diguna pakai, letak la sistem tu dikawasan - kawasan yang lebih strategik dan mempunyai kadar kemalangan yang tinggi.
Lepas tu, saman pulak biar la berpatutan. Jangan main ikut suka hati je. Semua benda ni kena la difikirkan terlebih dahulu dan dilakukan secara terperinci.
Kita bukannya membantah sangat perlaksanaan sistem AES ni. Tinggal lagi, sanggup ke kita nak dengar Si Mahfuz tu berkokok bila dia kata Kerajaan tak pedulikan suara rakyat!!! Takkan la orang yang tak lulus SRP tu lagi bijak dari Si Cho Ha ni!!!
salam,
BalasPadamwaa apek ni cakap agar orang ramai terus memberikan sokongan pada dap. wa sebagai org mca memang suka dap menang manyak. olang melayu kita kasi lemah lagi. kasi pecah lagi. mca akan telus melemahkan kelajaan bn. aes kasi terus beri lakyat malah. lambatkan lagi lia punya kebaikan. telus kasi api malah sama kelajaan.