Hari Jumaat yang mulia, jadi kami berikan anda wadah bacaan hiburan yang lebih ringan. Anda biasa ke plaza Low Yatt? Bagi kaki gadget IT, itu lubuk wajib dikunjungi selalu, bukan?Tetapi bagi penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza, seperkara menarik berlaku dalam hidupnya. Semalam merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki di Plaza Low Yatt, selama 33 tahun beliau hidup - satu lagi fun fact untuk profil penghibur kesayangan kita ini.
Teruja dengan pengalaman tersebut, awal malam tadi, menerusi akaun Twitternya, Datuk Siti berkongsi sekeping foto serta menulis,
Kurang pasti pula kami apa yang dicari atau dibeli Datuk Siti ketika di plaza IT paling terbesar itu. Datuk Siti pun tidak pula memberitahu apa yang dibelinya di sana. Mungkin juga beliau sekadar singgah saja.
Macam - macam betul dunia sekarang ni ye. Sampaikan pegi ke Low Yat pun beria - ia nak kecoh jugak ke? Kalau nak pegi tu, pegi je la.
Kot kalau kita orang biasa ni pergi, tak de orang pun nak heran ye tak. Tapi, bila sebut je nama selebriti, bukan main lagi. Ceritanya pasti akan dapat perhatian.
Nak pulak kalau selebriti tu seorang yang terkenal macam Datuk Siti Nurhaliza ni. Memang dah tentu ianya akan jadi satu berita yang sensasi.
Kalau Datuk Siti Nurhaliza tu tahan la jugak. Dia tak de la riak dan nak menunjuk - nunjuk sangat macam orang lain yang memang buat satu benda tu sebab nak tunjuk yang dia 'Zuhud'.
Sebagai contoh macam Si Nik Aziz tu. Walhal, apa yang dia buat tu sebenarnya bukan la benda yang besar sangat pun. Tak de la sensasi sangat pun.
Tinggal lagi, sebab dia tu Nik Aziz, memang jadi gempar sangat la gayanya. Padahal, orang lain pun ramai jugak buat benda yang sama. Tapi tak de la nak riak sangat macam Si Nik Aziz tu!!! Setakat buat nak menunjuk - nunjuk, baik la tak payah!!! Buat orang menyampah je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.