MUNGKIN ada benarnya tanggapan sesetengah individu, makin popular, makin payah nak bertemu. Ini yang terjadi bila mahu berurusan dengan artis jelita, Izara Aishah.
Difahamkan, ada wakil syarikat produksi cuba bertemu dan bercakap dengan pelakon yang kian popular itu, tetapi gagal. Niat mereka bukan mahu mengorat atau ajak keluar temu janji, cuma mahu tawarkan beberapa projek filem dan drama.
Kata insan itu, hampir sebulan dia cuba menghubungi Izara, tetapi panggilannya langsung tidak berbalas. Apabila menghubungi pengurus Izara, banyak sangat alasan diberi sampaikan insan itu naik muak.
Wakil berkenaan pelik adakah Izara memilih syarikat produksi atau pengurus tak buat kerja? Ini kerana ada temannya terserempak dengan Izara dan bertanya ada dapat tawaran daripada syarikat produksi itu, tapi jawabnya tidak.
Penerbit yang mahu tawarkan watak itu pun bukan calang-calang. Banyak karya sentuhannya menang anugerah dan meraih kutipan pecah panggung.
Jadi, takkan Izara sengaja tolak tuah? Skrip filem dah lama siap, tinggal nak dapatkan pelakon pilihan saja.
Kalau diikutkan, memang boleh saja pengarah itu tawarkan watak itu kepada orang lain, cuma si pengarah nampak kelebihan Izara untuk memegang watak dicipta.
CAK rasa ada salah faham di sini kerana setahu CAK, Izara kini bergerak sendiri. Dia tidak ada pengurus. Mungkin kerana itu wakil syarikat produksi berkenaan tidak dapat menghubunginya atau mungkin nombor telefon digunakan sudah bertukar.
Biasalah, jarang ada artis kekal dengan nombor telefon sama. Maklumlah, mereka sering diganggu panggilan yang tidak diundang, jadi jalan terbaik ialah menggunakan nombor baru.
hish!
BalasPadam