Mudah sangat bagi Si Mahfuz ni ye tak. Dia hasut rakyat semua agar jangan bayar saman AES ni. Susah - susah sangat, jumpa di mahkamah je kata dia.
Kalau ada ramai yang dah mati akibat kemalangan jalan raya nanti, senang la diorang nak salahkan Kerajaan kononnya sebab Kerajaan tak pandai buat kerja.
Mungkin Si Mahfuz ni terlupa dengan nasib beberapa orang rakyat yang dah kena langgar akibat kecuaian pemandu lain. Meh kita ulang tayang sikit:
JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi.Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi.Beliau berkata, Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi."Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Osman berkata, sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh.
Nah!!! Dalam kes kemalangan ni, siapa yang salah agaknya ye? Si Tian Chuak tu ke atau orang yang bawak Motorsikal tu yang salah sebab langgar kereta Tian Chuak?
Apa nasib keluarga penunggang motorsikal tu? Dan apa pulak tindakan PAS pada ketika itu? Hanya duduk diam dan pejamkan mata aje ke? Meh baca satu lagi cerita ni:
ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.
Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang.Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.
Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.
Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.
Hah!!! Sampai koma budak Universiti tu dikerjakan dek pemimpin DAPigs yang bawak kereta tengah mabuk. Pun salah budak U tu jugak ke sebab bawak motor? Nak tunggu budak tu mati jugak ke baru diorang nak menyesal? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.