Khamis, November 01, 2012



“Selangor tidak ada krisis air. Tuan – tuan jangan terpengaruh.” Itu diantara ayat yang mula – mula sekali diluahkan oleh Azmin Ali dalam satu cermah yang diadakan baru – baru ini dihadapan beberapa orang penyokong PKR.

Kata Azmin lagi, empangan Klang Gate banyak air sehingga mampu menyebabkan banjir sering berlaku disekitar kawasan Gombak walaupun hari tidak hujan. Empangan tersebut dibuka kerana takut empangan pecah katanya.

Kenyataan Si Azmin tu memang jelas menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa merangkap Timbalan Presiden PKR tu sendiri tak tau apa fungsinya empangan Klang Gate tu sebenarnya.

Dia tak tau yang empangan Klang Gate tu merupakan salah satu daripada komponen utama dalam sistem Terowong Smart bagi menakung limpahan air sungai semasa hujan bagi mengelakkan kawasan Lembah Klang mengalami banjir. Limpahan air sungai tu akan mengalir dan memenuhi empangan tersebut.

Empangan Klang Gate tu sengaja tak penuh sebagai persiapan hari hujan nanti. Air sungai yang melimpah semasa hujan akan ditakungkan ke situ dulu dan bila hari panas, macam yang Azmin cakap, akan dikeluarkan ke sungai. Kalau hari panas Azmin cakap Parlimen Gombak boleh banjir, cuba bayangkan kalau air sebanyak tu tak ditahan semasa hujan. Bukan Gombak, Lembah Klang pun boleh tenggelam.

Namun kenyataan Azmin yang menegaskan bahawa Selangor kurang air terawat memang benar kerana memang itulah masalah yang sebenarnya. Di samping itu, Selangor juga perlukan sumber air mentah tambahan kerana lima sungainya telah digunakan secara optimum.

Tetapi, walaubagaimana benar sekali pun kenyataan tersebut, puak – puak Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim serta pemimpin seperti Azmin ni masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang sebenarnya. Mereka memang tak boleh terima Kebenaran.

Jika benar Rejim Pakatan Selangor memang mengambil berat mengenai masalah rakyat, kenapa pulak mereka nak tangguhkan projek pembinaan loji air agar dapat menyelesaikan masalah krisis air rakyat di Selangor tu?

Tindakan yang disarankan dan dilaksanakan puak - puak Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim memang menjurus kepada menangani krisis air, import air dari Terengganu, guna air tasik, air lombong, kini penggunaan teknologi membrane untuk menambahkan kapasiti air terawat. Khalid juga mencari sumber air mentah tambahankan? Nampak tak. Takkan dia cakap ni suka-suka jer..

Kenapa pulak mereka masih lagi nak menyalahkan orang lain dan terus melengah –lengahkan waktu dalam mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang semakin meruncing di Negeri Selangor ni?

Jika benar Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim ikhlas nak membantu rakyat, mereka sepatutnya sudah mula mengambil tindakan yang lebih efektif dan bukan setakat bercakap dalam ceramah je kerjanya.

Namun, nampak gayanya Si Azmin Ali dan seluruh pimpinan Rejim Pakatan Selangor ni hanya nak mengambil kesempatan dalam kesusahan rakyat untuk dijadikan bahan serta modal Politik mereka sahaja.

Jelas, Si Azmin tu bukannya benar – benar ikhlas nak memperjuangkan Hak rakyat atau nak menyelesaikan mereka. Sebaliknya, Si Azmin tu hanya menjadikan rakyat sebagai salah satu bahan Politik yang mampu menguntungkan diri dia sahaja.

Jadi, adakah pemimpin yang bersikap mementingkan diri sendiri macam ni nak terus dikekalkan dimasa akan datang agar rakyat terus sengsara dan dijadikan boneka mereka semata – mata? Fikir – fikirkan la. Jangan menyesal nanti sudah la!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Adoiii yaiii.....orang macam ni pun ada melayu PKR dok sayang lagi dok percaya lagi !! ce ce pakai otak sikit...ce ce say good bye to PKR.

    ** BEkas pemuda PKR Gombak***

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping