Rabu, November 07, 2012



Ahli Politik perlu berhati - hati mengeluarkan kenyataan terutama berkaitan sentimen keagamaan kerana ia bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah menyebabkan penganut agama lain tidak menghormati agama Islam.

Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bukan sahaja kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, bahkan kesilapan sesetengah ahli politik pembangkang dalam mengeluarkan fatwa boleh menyebabkan situasi itu berlaku.

Menurutnya, hukum mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Islam adalah berdosa, malahan sesiapa berdiam diri berhubung kenyataan itu juga menumpang dosa.

Klik Untuk Besarkan Imej

"Anak seorang Melayu beragama Islam, biarlah dia menganut agama Islam. Kenapa perlu dipesongkan akidah mereka kepada agama lain? 

Kenapa Nurul Izzah tidak menyatakan sewajarnya umat Islam bangkit untuk mendidik anak Melayu supayan kekal dengan pegangan agama diwarisi mereka,"katanya.

Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau berkata, tidak ada salahnya membentuk kemahuan dan akidah anak - anak Melayu ke arah Islam.

Menurutnya, bahkan tiada alasan untuk bangsa Melayu beragama Islam memberi sepenuh kebebasan kepada golongan muda sehingga keluar daripada akidah dan memilih agama lain.

"Sememangnya anutan agama tidak boleh dipaksa, namun kenapa kita hendak biar atau mendedahkan anak - anak kita kepada ajaran agama lain setelah menganut ajaran Islam?

"Nurul Izzah sewajarnya memberi pendidikan kepada penganut agama lain betapa terbukanya agama Islam. 

Jelaskan mengenai kesucian Islam dan betapa agama ini memelihara hak semua pihak. Bina contoh peninggalan Nabi yang mengutamakan nilai keharmonian tanpa menggadai pegangan akidah umat," katanya.

Ps: Dalam ertikata mudahnya, berfikir biar guna Otak!!! Jangan guna Kepala Lutut!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping