Rasanya dah banyak kali dah isu ini diulas oleh pelbagai pihak. Tetapi masih lagi ada orang yang mampu nak terima Kenyataan dan Kebenaran.
Jadi, dah malas dah nak tulis panjang - panjang. Korang tengok aje la video dibawah ni dan hayati betul - betul apa yang telah dijelaskan oleh Si Nurul Izzah tu. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
Berikut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah ni
Saya tersentak membaca laporan dalam mana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu.Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?" Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang.Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius.Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan.Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri.Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku.Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini. - SUMBER
pandai guna firman dan hadis mcm bapa dia.....
BalasPadam