ORANGNYA lemah lembut dan kalau pijak semut pun tak mati. Itu pandangan bagi mereka yang tidak mengenali artis ini secara dekat. SS pun tertipu dengan artis ini.
Dia memang jelita dan kalau bercakap sangatlah sopan santun. Bak kata pepatah, dialah menantu idaman.
Tetapi sebenarnya di sebalik kelembutannya tersimpan suatu rahsia yang dia ini rupanya pantang tengok lelaki. Mesti dia akan sapu bersih.
Bukan SS nak menabur fitnah tetapi rakan SS yang pernah bekerja dengannya ketika penggambaran sebuah drama, sudah melihat dengan jelas perbuatannya itu.
Semua peralatan untuk penggambaran sudah siap dan kru pun sudah bersedia untuk memulakan kerja pada hari itu kerana kalau lambat nanti takut hujan ribut.
Namun mereka tidak boleh mulakan kerja kerana seorang kru ‘hilang’ dan artis itu pun tak ada. Tadi ada, tiba-tiba tak ada. Puas jugalah mereka menunggu dan selepas hampir sejam menunggu salah seorang kru produksi terpaksalah pergi mencari mereka berdua.
Manalah tahu kalau disorok hantu kopek atau jembalang tanah kerana penggambaran drama itu dilakukan di pinggir kampung.
Cari punya cari, terjumpalah kru itu dengan mereka berdua yang rupa-rupanya sudah ‘buat’ penggambaran lebih awal. Kru dan artis itu bukan asyik lagi bercengkerama.
Lokasinya tak payahlah SS bagi tahu, kalau dah di tepi hutan, tekalah sendiri. Orang kalau dah kemaruk, di pangkal pokok dan di sebalik semak pun jadi, tak pun dalam kereta.
Bila kru itu dah jumpa, mereka boleh buat muka selamba. Yelah kalau tahu malu takkan mereka nak buat ‘kerja’ di lokasi.
Patutlah SS dengar artis ini berkahwin pada usia 18 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Siapa tahan kalau ada ‘makanan’ di rumah masih berkeliaran mencari makan di luar.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.