Kesediaan Presiden PAS, Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan semalam mendapat reaksi yang pelbagai dari kalangan pemerhati - pemerhati Politik Malaysia.
Namun, bagi Semut, ada baiknya jugak Si Hadi Awang ni bertanding dikawasan Parlimen Datuk Seri Najib tu. Dan ianya wajar dialu - alukan.
Secara umumnya, dikalangan Pakatan Pembangkang, kerusi Parlimen Pekan ni merupakan kerusi PKR yang telah diberikan oleh PAS dalam Pilihan Raya yang lepas.
Namun, setelah dua kali tewas, PAS melihat kemampuan PKR untuk terus kekal bertanding dikerusi tersebut sudah tidak lagi relevan.
Maka sebab itu PAS Pahang telah mendesak kepimpinan Pusat untuk mengambil alih semula kerusi tersebut dari PKR untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Cadangan ini telah mendapat bantahan keras dari PKR Pahang sendiri yang menyifatkan PAS Pahang mula tamak dan cuba untuk bertindak dominan di Pahang.
Bantahan tu bukannya datang dari calang - calang orang. Tapi ianya dilakukan oleh Pengerusi PKR Pahang sendiri. Si Fauzi Pendek tu yang bantah.
Kemungkinan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang ni sebenarnya salah satu cubaan untuk menamatkan konfrantasi diantara PAS dan PKR di Pahang.
Dan sebab itulah Si Ciputdin Muka Bulan tu pun keluarkan kenyataan bahawa kenyataan Hadi Awang itu masih belum ditetapkan oleh Kepimpinan PR Pusat.
SHAH ALAM - PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) belum membuat sebarang pendirian berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Perdana Menteri di Pekan, Pahang.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Hadi masih belum dibincangkan di peringkat pusat.“Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini. Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini,” ujar beliau.
Tapi, biar sesiapa pun dikalangan pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang tu nak bertanding di Pekan ni, amatlah dialu - alukan.
Keyakinan rakyat Pekan dan Negeri Pahang secara keseluruhannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib cukup kuat. Jadi, letak la siapa pun dikalangan Pakatan tu, sudah pasti orang Pekan akan lawan habis - habisan!!!
SETAKAT CAKAP SEMUA BOLEH.KALAU BETUL YAKIN BERANI MASUK BERTANDING DI PEKAN DAN JANGAN BERI ALASAN YANG KEPIMPINAN PUSAT YANG TENTUKAN KEDUDUKAN KERUSI.PRESIDEN JUGA ADA KUASA MENETAPKAN.ADA BERANI!
BalasPadam