Jumaat, November 23, 2012



WALAUPUN cuaca di ibu kota lembap kerana hujan setiap hari, keadaan suhu dunia hiburan tempatan tetap panas macam biasa. 

Malah SS dapati, kehangatannya membara sehinggakan semua pihak berminat mengikuti perkembangan terkini yang berlaku.

Jadi, SS tidak setujulah kalau orang mengatakan dunia seni kita tidak gempak seperti Hollywood dan Bollywood. 

SS sendiri dalam pada menggigil bekerja di pejabat dek kerana sejuk penyaman udara, tiba-tiba dikejutkan dengan satu gosip sangat panas mengenai seorang artis wanita.


Biarpun lakonannya dikatakan masih belum menyerlah, dia tetap mempunyai kelompok peminat sendiri yang menyokong perjuangannya sebagai anak seni. Maksudnya dia tetap popular dalam bidang seni.



Biasalah orang cantik dan menarik, tentu dia diminati ramai peminat daripada pelbagai golongan masyarakat dan khabarnya, artis itu dikatakan rapat dengan seseorang yang agak terkenal juga.


Namun, macam biasalah artis sentiasa menafikan perkhabaran itu. Setiap kali pihak media dapat menghidu kisah sensasi percintaannya ini daripada sumber yang dipercayai, dia serta-merta membuat penafian.

Mungkin kerana sudah muak dengan jawapan yang diberikan, maka pihak media ambil keputusan tidak bertanyakan lagi soalan mengenai gosip ini. Kita tunggu dan lihat saja perkembangan seterusnya. 

Bagaimanapun, gosip terbaru yang sampai ke telinga membuatkan SS tersentak seketika. Dalam diam, SS difahamkan artis itu sedang dalam proses mengubah suai rumah yang bakal didiami di sebuah kawasan mewah. 

Tak tahulah pula SS sama ada dia akan tinggal di situ seorang diri atau bersama keluarganya. Takkan dia sanggup tinggal seorang diri di rumah yang besar dan mewah itu. 

Sebab nak kata dia akan tinggal bersama pasangannya itu, SS tak dengar pun yang mereka sudah berkahwin. SS tak mahulah buat serkap jarang kerana perkara nikah kahwin ini, bukan boleh dibuat main-main. 

Kalau benar mereka sudah berkahwin, lebih baik uar-uarkan supaya tidak mengundah fitnah. Perkara yang baik tak perlulah nak disorok.

Ps: Dah jadi macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu pulak dah gayanya. Padahal diorang dah terang - terang kantoi, tapi tetap jugak tak nak mengaku!!! Memang macam Haram!!!

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping