Kesian. Memang dah tak de ruang dah untuk dia menyembunyikan diri. Semuanya gara - gara kelantangan dia mencipta kontroversi yang tak masuk akal.
Hakikatnya, memang itulah perjuangan dia yang sebenarnya. Bukan perjuangan dia sahaja tetapi seluruh kepimpinan dan PKR tu juga turut memperjuangkan benda yang sama.
Bukan ke selama hari ini diorang sering melaung - laungkan perjuangan Kebebasan Hak Asasi Manusia? Mereka yang nak membebaskan semuanya.
Tu pun termasuk la bab agama sekali pun. Jadi, apa nak heran kalau Si Nurul Izzah tu memberikan kenyataan sedemikian sedangkan memang itulah asas perjuangan mereka.
Dia memang ada hati nak memberi Kebebasan Beragama kepada umat Islam. Tinggal lagi, kenapa dia takut nak menegakkan Kebenaran jika memang itu hasrat dia selama ini?
Kalau la perjuangan mereka sendiri pun dia takut nak mengakuinya, inikan pulak kalau dia nak memperjuangkan Hak Rakyat. Lagi la diorang buat - buat tak tau dan tak ambik peduli!!! Bukannya ada kaitan dengan diorang pun!!!
Di hujungnya kalau saya simpulkan, puak-puak ini sanggup buat apa saja. Mereka sanggup korbankan Perlembagaan. Mereka sanggup korbankan hak-hak istimewa orang Melayu. Bahkan, mereka sanggup korbankan agama Islam itu sendiri, atas niat hasabat untuk menawan Putrajaya.
Bagi saya, ini kocakan-kocakan this a just ripple, gelombang akan berlaku. Mereka tidak akan berhenti-hentinya atas nama nak mendapatkan suatu kekuasaan, mentadbir, mengurus, memerintah negara ini dan menabalkan dia sebagai Perdana Menteri, apa pun boleh berlaku.Saya setuju sangat dengan Datuk Fuad, ucapannya tadi. Rentetan-rentetan peristiwa yang menggambarkan manusia ini. Dan kalau saudara melihat, saya nak sebut sesaudara.
Bagi saya, statement yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah tadi yang kita dengar, yang kita tatapi, yang kita baca dua tiga hari ini, saya tak nampak boleh ada penafian kepada statement ini. Saya tak nampak langsung.Dari Malaysiakininya, dari MalaysiaInsidernya dipetik, dan dipetik, dipetik dan dipetik…saya dah tonton video itu dah kali kelima pada malam ini. Saya dah tengok satu persatu. Tak ada cara nak tarik balik, nak menerangkan lagi. Itulah hasratnya.
Hasrat ayahandanya. Hasrat dianya. Hasrat partinya. Hasrat kumpulan tiga partinya dalam Pakatan Rakyat. Itulah dia.
Perkaranya ialah respon kita tentang itu. Respon Dr Redhuan, respon Dr Yusri, respon Tuan Haji Ismail Mina, respon seluruh masyarakat Islam. 28 juta penduduk, 65 peratus orang Islam, harus memberikan respon kerana ini adalah merupakan survival, you and I, I fighting for survival.
Bukan survival Hasan Ali tapi generasi Hasan Ali yang akan datang. Bukan survival kita yang ada dekat sini.Survival generasi kita yang akan datang ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.