KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membentangkan status pindaan pengundi luar negara seperti yang telah dijanjikan.
Menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, suruhanjaya itu telah berjanji untuk membentang status tersebut kepada ahli parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat tamat hari ini.
Namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SPR walaupun hari ini merupakan hari terakhir bagi sidang Dewan Rakyat.
"(Berkenaan) Pengundi luar negara untuk melayakkan mereka mengundi, perlu dibentang satu kertas status dan menteri harus memaklumkan kepada ahli parlimen berkenaan dengan pindaan peraturan perjalanan pilihan raya.
"Ia tidak dibahaskan pada 19 November, sewaktu SPR berjumpa dengan Ahli Parlimen, mereka berkata ia akan dibentangkan pada sidang parlimen kali ini.
"Pada 22 November, Timbalan Pengerusi SPR juga mengesahkan yang ia akan di jadualkan. (Namun) hari ini hari terakhir persidangan parlimen, kertas status tiada," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen.
Pada 19 November lalu, SPR memberikan komitmen kepada rakyat Malaysia di luar negara untuk meminda peraturan pengurusan pilihan raya bagi membenarkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Dalam perkembangan yang sama beliau turut mempersoalkan tindakan SPR yang tidak membuka peluang kepada pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihan raya akan datang.
SPR kebelakangan ini mengatakan akan membuka kepada negara-negara ASEAN dan kepada 18 NGO sebagai pemerhati.
Kita ingin nyatakan kenapa tidak membuka kepada pemerhati antarabangsa? Kenapa mengehadkan kepada negara ASEAN dan 18 NGO sahaja? Ia sepatutnya terbuka kepada semua.
"Jika SPR boleh ke Myanmar, ke Cameroon, ke Bangkok sebagai pemerhati, kenapa SPR tidak boleh membenarkan pemerhati? Benarkanlah. Apa yang SPR takut sangat?," soalnya.
Ps: Makin hari, makin bongok pulak dia ni. Gamaknya dah terlebih kena radisi kot. Tu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!!
Kalau dah satu dunia ni nak diajak datang memantau Pilihan Raya Umum kat Malaysia ni, baik buat 'Demo Tourism' macam dicadangkan oleh MB Pahang sebelum ni. Ada jugak manfaat untuk rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.