TEMERLOH - Pakatan pembangkang kini dilihat semakin bercelaru apabila "bertelagah" dalam soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menteri Besar Pahang Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob berkata semua kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang itu dilihat mempunyai agenda masing-masing dan saling mempergunakan atau memperkudakan antara satu sama lain.
Beliau mendakwa tindakan DAP yang mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sebenarnya mempunyai muslihat untuk memperkudakan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Kerusi Perdana Menteri itu turut menjadi idaman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdasarkan kepada jawapan Presiden PAS itu yang dia mengakui syok menjawat jawatan penting negara itu.
"DAP tidak mungkin menyerahkan jawatan Perdana Menteri dengan mudah kepada PKR atau Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Dakwah dan Ramah Mesra Kampung Tradisi Mukim Kerdau, Dataran Sri Ketumbit Temerloh di sini, hari ini.
Adnan mendakwa mainan politik DAP dalam mempergunakan Anwar untuk mencapai cita-cita dan agenda politik mereka juga dilihat semakin ketara dan menurutnya Anwar juga dilihat memperalatkan DAP untuk niat besarnya menawan Putrajaya.
Mengenai tindakan Pas mendoakan kemusnahan Umno dan Barisan Nasional (BN), Menteri Besar menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana mendoakan kehancuran sesama saudara Islam.
"Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah mendoakan kehancuran kepada umatnya," katanya. - Bernama
Ps: Teringat pulak kenyataan Tun Dr. Mahathir masa di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dulu bila dia cerita pasal kuda ni.
"Ramai orang bela kuda. Tapi ada sorang manusia tu bela kuda lumba bukan untuk berlumba. Apa maksud dia?" Tanya Tun.
Jawapannya senang je. Orang yang bela kuda lumba tapi bukan untuk berlumba tu orang bodoh. Sama la macam puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Semuanya 'Terlebih Cerdik' belaka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.