Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan merupakan satu tindakan pelik, memandangkan beliau pernah hidup dan menjadi Timbalan Perdana Menteri menerusi sistem yang sama sebelum ini.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, tindakan itu jelas satu penghinaan khususnya kepada pengundi berdaftar selain menggambarkan seolah-olah rakyat negara ini kuno atau tidak bertamadun sehingga perlu meminta campur tangan kuasa luar untuk memantau sistem pilihan raya negara.
"Beliau patut cermin diri sendiri. Selama 16 tahun dalam UMNO, sudah berapa pilihan raya umum yang Anwar lalui sebagai pemimpin UMNO? Malah melalui sistem pilihan raya yang sama juga Anwar 'memanjat' jawatan sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"Pilihan raya yang diselia dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sama yang membolehkan Anwar berjaya sehingga menjadi pemimpin nombor dua.
Jadi Anwar nak merungut apa sekarang? Apakah hanya kerana dia tak dapat memenuhi nafsu menjadi Perdana Menteri atau apakah hanya kerana dia disepak dengan penuh penghinaan oleh UMNO,"soalnya.
Zulkifli berkata, Anwar juga perlu bertanya kepada diri sendiri apakah beliau benar-benar mengamalkan politik demokrasi seperti yang dilaung-laungkan.
"Lihat sendiri jawatan Ketua Umum yang disandangnya. Macam mana dia boleh menjadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)?
"Cuba tengok sendiri Perlembagaan PKR, mana ada jawatan itu. Siapa yang pilih dan lantik Anwar? Apakah ahli akar umbi PKR dibenarkan mengemukakan calon lain dan mengundi?
"Jawapannya jelas, tidak ada. Jadi demokrasi apa yang Anwar 'melalak' sampai ke Australia? Sudah pasti Anwar akan menjadi bahan ketawa pihak Barat jika mereka tahu bukan sahaja pemilihan parti yang tercemar daripada lunas demokrasi malah jawatan Anwar sendiri tidak dipilih melalui sistem demokrasi," tegasnya.
"Adakah ini jenis pemimpin yang kita mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri, yang apabila berdepan dengan masalah sentiasa meminta campur tangan asing.
"Sebab itu rakyat Malaysia wajib membuka mata. Allah telah memberikan kita satu demi satu isyarat dan bukti betapa Anwar dan pembangkang wajib ditolak," katanya.
Ps: Macam yang Semut cakap semalam la. Si Ketua Penipu ni masa Pilihan Raya zaman dia, Yahudi yang pantau. Bukannya tak de orang.
Sama la macam jawatan dia jadi Ketua Umum PKR tu. Bukan ahli yang pilih, tapi Yahudi Laknatullah tu yang pilih.
Tu sebab jawatan tu tak de dalam Perlembagaan. Lagi pun, Si Ketua Penipu tu nak jugak duduk setaraf dengan Nik Aziz. Mana boleh Nik Aziz lebih dari dia!!! Malu la wei!!! Itu yang dinamakan sebagai 'Demo Kasi'!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.