Sabtu, November 24, 2012


Kalau rumah orang banjir, apa pasal pulak Rejim Negeri nak kena bantu? Itu masalah diorang la. Siapa suruh bina rumah dalam kawasan banjir?

Demikian la diantara ayat yang mungkin nak diluahkan oleh Si Raja Rumah Urut terhadap dakwaan yang dilemparkan kepada sikap tidak bertanggungjawab Rejim Pakatan Selangor.

Jelas, dengan jawapan yang sedemikian membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Gagap tu memang tak mampu nak menjalankan tugas.

Mana tidaknya. Jawapan sedemikian hanya membayangkan bahawa Rejim Pakatan Selangor tu tidak mempunyai tanggungjawab lansung terhadap masalah yang dihadapi.

Kalau rumah rakyat kena banjir, itu bukan masalah diorang. Tapi sebaliknya masalah rakyat. Kenapa pulak pihak Rejim Pakatan Selangor ni kena selesaikan masalah tu?

Kalau semua benda nak diletakkan diatas bahu Kerajaan Pusat, untuk apa rakyat pilih diorang untuk jadi wakil rakyat? Untuk apa dibuat Kerajaan Negeri tu?

Nampak sangat yang pemimpin - pemimpin Pakatan macam Si ronnie Liu ni bukannya berjuang untuk membantu rakyat.

Sebaliknya, mereka berjuang demi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat telah dilacurkan terang - terangan. Jadi, untuk apa lagi kita nak pilih orang macam ni? Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM : Exco Selangor Ronnie Liu berkata kerajaan persekutuan harus menyelesaikan masalah banjir di Selangor bukannya kerajaan negeri.
Ia berikutan kuasa menyelenggara masalah banjir adalah dibawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang merupakan jabatan persekutuan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Oleh itu kataya, kerajaan persekutuan harus menyediakan dana dan peruntukan bagi menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya menunding jari kepada Pakatan Rakyat Selangor.
Menurut beliau, peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini.
"Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir," dakwanya.
Menurut beliau, kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kerajaan negeri bikin apa? rakyat selangor bangkit UBAH SELANGOR pru13 tukar BN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping