Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari menafikan dakwaan kononnya dia cuba mengelak daripada berjumpa pihak media selepas isterinya aktres Diana Danielle mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu.
Farid, 31, berkata, dia mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan media kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.
“Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.
“Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal,” katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui mStar Online selepas previu filem terbaharu lakonannya berjudul Lagenda Budak Setan 2: Katerina (LBS2) di GSC Pavilion, Bukit Bintang di sini, pada Jumaat.
Pada Isnin lalu, Diana mendedahkan dia hamil selepas 16 hari bernikah menerusi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.
Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.
“Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.
“Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.
“Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.
“Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan,” katanya.
Pelik macam mana boleh tahu baru lepas 16 hari nikah. Selalunya mesti tunggu period yang akan datang. Macam mana period belum datang dah tahu diri nya hamil. Macam ada yang tak kena saja....
BalasPadamjangan sangka buruk ape yg kita tak tahu.. aku dah berbini ni pun tak berani nak syak bukkn2. normal lah kalau 2 minggu kawen dah pregnant. seawal 2 minggu mmg boleh tahu mengandung atau tak melalui urin test. so, alhamdulillah kalau betul mengandung. bertambah ummat nabi muhammad saw.
BalasPadamKepala diurang ni kesitu belaka peginya. Jika kitaran haid tu teratur, masa selepas matang dalam tempoh 10 ke 15 hari. Apa nak disyaki syaka yang bukan2. Kecualilah tempoh matang kitaran haid tu sebelum matang diantara seminggu ke 10 hari. Jika ada bini tanyalah bini atau tanyalah ibu2 mithali tu. Jangan tanya yang syaki syaka...
BalasPadambenda sedap dan halal beb, teruskan farid dan diana, dalam aktiviti di ranjang ni je yang kita dapat pahala penuh, klu solat belum tentu dpdt pahala penuh kan kankan
BalasPadamsekarang teknoloji dah moden...tak payah tunggu kitaran haid yg akan datang utk mengetahui samaada anda mengandung atau tidak.....alat utk test kehamilan kan ada dijual di farmacy...beli dan testlah kalau rasa ....seminggu je dah boleh tahu....ada ke tak ade...pos atau neg...dulu2 memang lambat... sekarang srmua dah canggih.....tahniahlah ...anda berjaya...amin..
BalasPadam