Isnin, November 12, 2012


Hah!!! Jangan pulak korang salah baca. Kenyataan Datuk Raja Nong Chik ni bukannya memalukan diri dia sendiri. Tapi ianya memalukan bagi seorang ahli Politik.

Mana tak malunya. Seorang ahli Politik takkan mempergunakan agama demi untuk meraih undi dan takkan guna Islam demi Politknya sendiri.

Maka, kenyataan Datuk Raja Nong Chik ni memang satu tindakan yang memalukan buat Si Nurul Izzah tu sebab yang menggunakan agama demi Politik ni hanya puak - puak Pakatan Pembangkang macam dia tu je!!! Diorang tu memang tak boleh harap!!!
KUALA LUMPUR: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa kenyataan ahli parlimen PKR, Nurul Izzah Anwar yang menyokong kebebasan beragama hingga mencetuskan kontroversi membuktikan pembangkang hanya pentingkan undi dan bukannya ikhlas dalam berjuang untuk rakyat. 
Menteri Wilayah Persekutuan juga berkata sikap Nurul Izzah yang mahu mendapatkan undi dan memuaskan hati orang semasa forum tersebut menyebabkan beliau terperangkap dengan kata-katanya. 
 
“Oleh kerana mahu memancing undi dan memuaskan hati orang ramai semasa forum tersebut menyebabkan Nurul Izzah sanggup menyokong kebebasan beragama hingga akhirnya memakan diri sendiri,” kata Nong Chik semasa merasmikan Karnival Belia Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai hari ini. 
 
Nong Chik juga berkata berbanding pembangkang, kerajaan BN sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan janji kepada rakyat dan membidas sikap Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa berjanji apa sahaja tapi tidak melaksanakannya. 
 
“Inilah yang membezakan kerajaan dengan PR, kerajaan hanya menyatakan janji yang mampu dilaksanakan dan bukannya seperti mereka. 
 
“Mereka (PR) hanya mampu menabur janji bulan dan bintang tetapi hingga kini masih lagi belum dilaksanakan,” tambah beliau lagi.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Nurul Izzah tak berani lwn Nong Chik, nak bertanding kawasan Cina. Pasai tu dia 'lancang mulut'.

    BalasPadam
  2. wahai nurul!! beri sj laluan utk rnc. engkau pun dah lama tinggal pengundi hakiki anda. pi cari glamour jauh-jauh. kita pun tak perlu manusia yg belum kenal diri dia sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping