Heran jugak. Kenapa pulak Si Nik Aziz ni nak kata anak kepada Si Ketua Penipu tu tak betul? Bukan ke biasanya Si Nik Aziz ni suka ikut je cakap Si Ketua Penipu tu?
Jadi, dalam isu yang berkaitan dengan kenyataan Si Nurul Izzah tu, kenapa Nik Aziz kata ianya merupakan satu perkara yang tidak betul?
Tak macam dalam isu yang berkaitan dengan kes liwat dia hari tu dimana Si Nik Aziz ni sekeras - kerasnya menafikan bahawa Si Ketua Penipu tu terlibat.
Malah, dalam isu skandal video seks Si Ketua Penipu tu dengan Chinadoll hari tu pun Si Nik Aziz masih menyebelahi Si Ketua Penipu tu walaupun dia tak tengok video tersebut.
Tinggi jugak la khasyaf Nik Aziz ni sebab dia tak tengok pun video tu tapi dia tau yang individu dalam video tu bukan Si Ketua Penipu tu. Hebatkan?
Jelas, penafian Si Nik Aziz dalam dua isu tersebut menunjukkan bahawa Mursyidul Am PAS tu memang menyokong Si Ketua Penipu tu tanpa berbelah bagi.
Persoalan utamanya sekarang, kenapa pulak tiba - tiba Si Nik Aziz ni tidak pula dilihat menyebelahi Si Nurul Izzah seperti mana yang dilakukan terhadap Si Ketua Penipu tu?
Adakah Si Nik Aziz ni dah mula sedar dengan agenda sebenar Pakatan Kelirukan Rakyat tu yang sememangnya membawa fahaman Pluralisme dikalangan rakyat Malaysia? Atau adakah dia tau, tapi sengaja je buat - buat tak tau? Korang fikir la sendiri!!!
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul."Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernamaselepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.