Ini yang membuatkan sesetangah orang tak tahan ni. Dalam kesempitan waktu ada jugak yang sempat mencuri. Tapi jangan salah faham.
Ini bukan cerita pasal mencuri barang atau sebagainya. Tapi mencuri dalam erti kata yang positif. Jangan ikut sangat sikap negatif puak - puak Pakatan Pembangkang tu.
Maksud Semut, mencuri dalam erti kata sindiran. Sebagai contoh, sewaktu sesi perbahasan dijalankan. Ada perwakilan yang nak berucap panjang.
Jadi disebabkan masa yang diberikan agak terhad, maka terpaksa la dia mencuri masa sikit untuk meneruskan hujah - hujah dia. Kalau tidak, tak sampai pulak maksud dia nanti.
Lepas tu, ada jugak dari kalangan orang yang hadir sebagai pemerhati yang mencuri. Pun bukan la dia mencuri barang. Tapi, dia mencuri perhatian.
Contohnya, brader kat bawah ni. Baju dia tu dibuat dan dijahit dari bendera UMNO serta Barisan Nasional. Memang menarik beb.
Dan yang paling membuatkan orang teruja ialah kesempatan pemimpin - pemimpin UMNO ni mencuri waktu untuk buat benda lain.
Dalam sibuk - sibuk nak berhimpun dan bersidang, masih lagi ada ruang waktu yang agak sempit untuk diadakan Majlis Pelancaran Rapid Kuantan ni.
Kebetulan pulak, ada perwakilan yang datang dari Kuantan dan Indera Mahkota serta penduduk - penduduk Negeri Pahang yang lain. Memang meriah la jadinya.
Begitu la lebih kurang diari seorang pemimpin UMNO ni. Buat kerja untuk rakyat ikut mana yang sempat je. Kalau nak disusun betul - betul, memang susah.
Setiap masa ada saja benda yang diorang buat. Dan diorang buat tu pulak bukan la untuk diri sendiri. Tapi untuk rakyat jugak, ye tak.
Tahan la dari puak - puak Pakatan Pembangkang tu kan. Kalau diorang berhimpun, seluruh waktu hanya ditumpukan pada satu agenda iaitu menipu ahli - ahli mereka sendiri. Diorang pun bukannya tau buat kerja lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.