Khamis, November 01, 2012


"Hek eleh!!! Tak logik lansung. Macam mana pulak sebuah Negeri yang sekian lama ni tak de lansung minyak boleh tiba - tiba ada minyak pulak? Macam wayang kartun"

Ayat macam tu pastinya akan keluar dari mana - mana mulut pencacai - pencacai yang memang tegar menyokong Pakatan Pembangkang tu.

Diorang ni memang jenis manusia yang tak boleh terima kenyataan, apatah lagi dengar berita gembira yang dibawa kepada rakyat oleh pihak Kerajaan.

Sudah pasti, macam - macam tohmahan dan dakwaan yang akan dilemparkan oleh mereka mengenai perkembangan terkini di Negeri Pahang ni. 

Percaya la, sebab itu memang kerja diorang. Bukannya diorang ada kerja lain sangat pun selain dari menipu dan menabur fitnah yang bukan - bukan.

Kalau nak difikirkan logik, kenapa pulak perkara sedemikian tak boleh berlaku sedangkan di Negara - Negara Asia Barat tu lansung tak de apa - apa. Tapi ada jugak minyak.

Bagaimana mungkin sebuah kawasan yang dikelilingi gurun yang tandus boleh mengeluarkan minyak dari perut bumi untuk sekian lamanya?

Kalau nak difikirkan logik jugak, Mekah dulu pun orang tak pernah sangka ada air. Sekarang, tengok sejauh mana tanah suci tu dah berkembang dari masa ke semasa.

Semuanya ketentuan Allah S.W.T. Sepatutnya, sebagai manusia yang dicipta olehNya, kita perlu bersyukur dengan apa yang telah diberikan dan berdoa semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Bukannya buat dakwaan yang bukan - bukan!!!
KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.

Adnan berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa bahawa Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, juga dilihat bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri Pahang.

"InsyaAllah kita akan gunakan wang berkenaan untuk pembangunan kepada rakyat, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum negeri Pahang anjuran Yayasan Pahang, di sini, Selasa. - SUMBER
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping