Eh! Apa hal pulak ni? Kenapa pulak tiba - tiba ramai pulak orang kat PWTC hari ni? Ada apa kat sana? Rasanya Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.
Jadi, kenapa pulak berduyun - duyun anak muda nak pergi ke Pusat Dagangan Dunia Putra tu? Bila tanya, diiorang nak sertai 'Pehimpunan Tergempar' katanya.
Wah!!! Apa pulak tujuan Perhimpunan tergempar tu diadakan? Nak buat demo jalanan lagi ke? Tak serik - serik lagi dengan Bersih 3.0?
Bukan. Perhimpunan tergempar ni adalah bagi tujuan untuk mengutuk tindakan kejam Rejim Zionist terhadap penduduk - penduduk Palestine di Gaza.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh PGPF ni katanya turut menjemput YBhg Tun Dr. Mahathir yang tegar menentang Israel tu sebagai perasminya.
Selain berhimpun, pelbagai pameran turut diadakan disamping info - info terkini mengenai perkembangan semasa yang berlaku disana. Turut diadakan juga ialah kutipan derma.
Huh! Bagus jugak la diorang buat Perhimpunan Tergempar tu ye. Tahan la dari dok berdoa agar sesama umat Islam ni ditimpa musibah dan sebagainya.
Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, jangan harap la diorang nak bersuara dalam isu yang ada kaitan dengan sekutu kuat diorang tu.
Nak pulak Si Ketua Penipu tu. Sampai hari ni dia masih lagi tak keluarkan sebarang kenyataan. Apa pasal, tak tau la pulak. Kot 'telur' dia dah kena picit dengan Israel kot.
Kalau dia buat kenyataan sekali pun, tak lama lepas tu pasti dia akan ke luar Negara. Sama ada ke German atau ke Amerika sambil bersujud bagi menjelaskan keadaan.
Bukannya orang tak tau beb. Memang itulah yang dia dok buat sebelum ni. Sebab tu la sampai hari ni, Si Ketua Penipu tu masih lagi mendiamkan diri dan takut nak keluarkan kenyataan. Kalau dipicit 'telur' dia, pedih wo!!!
GAZA CITY 20 Nov. - Tentera Israel meneruskan serangan ke atas Palestin dengan membedil sebuah bangunan yang menempatkan agensi media antarabangsa, di sini semalam, menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.
Mangsa yang maut itu dipercayai merupakan seorang daripada komander Jihad Islam yang berada di dalam bangunan tersebut ketika serangan berlaku.
Menurut saksi, Israel melancarkan tiga peluru berpandu ke arah bangunan tersebut, menyebabkan serpihan bangunan bertaburan dan terbakar. - REUTERS
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.